MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Monday, August 3, 2009

my 1st carrot cake



2/8/2009

Semalam saje tak buat apa nak try buat carrot cake ni.. sebab ada nak habiskan stok sayur karrot kat rumah....1st time buat nasiblah menjadi...lepas bakar tu keluarkan kek tu bau sedapnya aromanya...cuma saya tak pandai sangat deco kek ni masih kerastangan lagi...dan sila abaikan comot2 tepi2 kek tu ya..tapi bolehlah nak makan memang sedap lah nasib my son minta cakap mama nak kek lagi...(dia memang hantu carrot so apa2 ada carrot dia mesti suka)

RESEPI Carrot Cake

MyResepi - ishikawa - Terima Kasih


Bahan-bahan ( 9 inch )
Bahagian Kek

1 1/4 cup minyak jagung (kalau darurat, minyak masak pon boleh)
4 biji telur gred B
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
250 gm tepung high protein/tepung kek (tepung gandum pon ok)
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pon boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)



Cream Cheese Frosting
120gm gula icing
250gm cream cheese
120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)



Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
kemudian, masukkah bhn2 kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
2. akhir sekali, masukkan carrot, raisins, walnut. gaul sebati.
3. masukkan dalam loyang 9 inci yang telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Guna lidi untuk pastikan dalam kek masak.bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

Tips :
Bila dah masak, cucuk dengan lidi betui2,kadang2 bila cucuk tak melekat tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betui, kena betul licin lidi tu baru masak.


cream cheese frosting
1. masukkan cream cheese, gula icing yanag telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP) guna blender pon ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
2. utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila betul2 nak makan baru bring out.
happy baking! ^__*


utk buat carrot atas kek tu guna pewarna oren + hijau
* kalau x da warna oren (campur pewarna merah + kuning jadilah kaler oren)
* kalau x da warna hijau (campuran pewarna biru + kuning jadilah kaler hijau)

4 comments:

ain said...

akak pun suka carrot cake. dah 2 kali buat. ingat nanti nak buat lagi la.

Anonymous said...

Rajinnye kak Fida siap deco2 lagik... kite nak buat kek pon malas, deco apatah lagik.heheh

pn-iena said...

fidah wah menjadilah..sedapnya yummy..bestkan kalau budak2 suka..senang hati kita dibuatnya..heheheh

Anonymous said...

fida...kek tu nampak cam sedap je...tapi kak ima tak berani nak cuba buat,sebab anak2 kak ima kurang suka kalau kek ada macam2 nih...