MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, May 31, 2011

Asam Rebus Ikan Hammour



RESEPI ASAM REBUS - by kak Hanieliza


BAHAN A

3 ekor ikan selar (saya guna ikan hammour)

5 keping asam keping

2 tangkai daun kesum

1/4 biji nenas (dipotong kecil)

air secukupnya

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa



BAHAN B

3 biji cili merah

1 sentimeter belacan

3 ulas bawang merah



CARA membuatnya


1. Ikan dibersihkan

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk

3. Masakkan hingga mendidih

4. Tutup api dan hidangkan






31/05/2011



Alhamdulillah hari ini saya berpuasa ganti...

cuma tak tahan sekarang dah bertambah panas kat Dubai ini...

pening kepala bila time nak fetch budak-budak kat school



Berbuka dengan Asam Rebus ikan hammour, salad telur rebus dan sayur campur


Friday, May 27, 2011

Talam Suji



27/05/2011


Dah lama teringin nak buat kuih talam ni sebab selalu makan je...

Alhamdulillah 1st time buat dalam seumur hidup sukanya menjadi

Kebetulan saya berpuasa ganti, so macam-macam teringin nak makan untuk berbuka so kenalah buat sendiri kan dah namanya duduk di perantauan





RESEPI TALAM SUJI

Bahan-bahan:lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung suji (semolina course)

4 cawan santan cair

1 cawan gula pasir

garam secukup rasa

sedikit pewarna kuning




lapisan atas:

4 cawan santan pekat

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar gula pasir

1 cawan gula merah





cara:
1. masukkan semua bahan2 lapisan bawah ke dalam periuk dan kacaukan dengan api sederhana sehingga adunan agak pekat
2. kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak ratakan
3. kukus selama 15-20 min
4. selepas itu adunkan bahan2 lapisan atas sehingga sebati dan tidak berbentil masakkan sekejap di atas api sederhana sehingga adunan agak pekat tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan
5. kukuskan lagi selama 20 min atau sehingga masak padamkan api dan keluarkan loyang dari kukusan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan


source: k.hanieliza

Thursday, May 26, 2011

Homemade Apam Balik







gasak ada tebal ada nipis












26/05/2011

Hari ni pose ganti so menu untuk berbuka buatlah apam balik ni
Sukanya hati 1st time buat ni..selalu beli kat Pasar malam je kalau kat Malaysia

Alhamdulillah menjadi walaupon tanpa menggunakan acuan apam balik...guna fry pan biasa je


RESEPI Apam Balik
sumber : Noormasri


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega



Cara membuat:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Spaghetti Bolognese






24/05/2011


Menu dinner yang sempoi

RESEPI KLIK DI SINI


Wednesday, May 25, 2011

Chiffon Pandan Cake












24/05/2011



Try resepi cake chiffon ni tapi terlebih fold dia cacat sket tapi bolehlah nak makan hehehehe



RESEPI Basic Chiffon Cake - copy paste blog noreen Thanks

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
4 biji telur kuning
115ml air
85ml minyak
1/4 camt garam
100gm gula pasir - kalau tak suka berapa manis boleh kurangkan kepada 80gm sahaja
150gm tepung gandum
1 camt baking powder



Bahan2 B:
4 biji putih telur
90gm gula pasir - boleh kurangkan kepada 70-80gm
1/8 camt cream of tartar
1 camt pandan emulco/strawberry emulco/blueberry emulco - perasa ikut selera masing2



cara:

1. ayakkan tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan

2. satukan bahan2 A ke dalam mangkuk adunan dan pukulkan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati ketepikan

3. kemudian pukul pula putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih

4. kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula sambil dipukul sehingga kental (pastikan apabila di terbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh)

5. kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 A sehingga sebati kemudian masukkan perasa yang disukai dan kacaukan rata tuangkan ke dalam loyang kek chiffon bersaiz 20cm atau 23cm

6. bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak


note: pastikan loyang jangan digriskan hanya sekadar mengelapkan sahaja


source: alex goh (cara diubah ikut style sendiri)


Thursday, May 19, 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies


















19/5/2011


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES



Alhamdulillah tercapai hasrat nak buat red velvet...tapi bukan red velvet cupcakes or cake tapi combine terus...3 in 1 red velvet + marble cheese + brownies




Resepi copy paste dari blog ilhamdapur thanks for sharing


Cuma 1st time buat colour red velvet tak berapa ang lah hehehe takpelah janji sedap dimakan





Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi


125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder





Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula halus
1 sudu besar jus lemon





Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nanti.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.


4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.


5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.


6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.


7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.




Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.



Selamat Mencuba...

Tuesday, May 17, 2011

Homemade Waffles





17/05/2011






Malam-malam kakak request nak Waffles lak...

nak tak nak terpaksalah gagahkan diri ke dapur bagi tak menghampakan permintaannya

RESEPI KLIK DISINI


Kalau ikutkan hati nak masuk tido je mata dan badan dah letih sangat bertambah sekarang cuaca kat Dubai ini semakin panas....semalam saje dah cecah 43 darjah celcius...belum betul-betul Summer lagi..camner lah nanti bulan 6,7,8 nanti berasap



Kakak siap nak bawa bekal esok pergi sekolah lagi..