MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, May 20, 2010

spiderman & transformers






19/5/2010

Semalam bz buat tempahan kek dari kawan..thanks ya kak syida..


Yang lucu..tengah buat deco tu icing hitam lah abis..puaslah buat experimen campuran warna-warna untuk jadi warna hitam...(Merah+Biru+Kuning=Hitam) kena ingat sampai bila-bila..ada jugak bergunanya belajar kelas lukisan masa kat sekolah dulu hehhehe...thanks cikgu lukisan warna-warna premier, warna-warna sekunder dan mcm2 lagi


keras tangan dan terketar nak lukis gambar logo transformers and spiderman ni :)
nasib menjadi walaupon ada gak yang herot petot



Monday, May 17, 2010

Mee Kari & Mee Suah Sup








16/5/2010

Semalam memang malas nak masak nasi dan lauk..belek-belek resepi kak liza..so buatlah Mee Kari dan Mee Suah Sup untuk budak-budak sbb tak pedas.


Tengok bahan-bahan ada jugak walaupon kurang lengkap...Fish Cake dan Fish Ball hari tu pergi Lulu nampak stok ni so apa lagi rembatlah..

Bahan-bahan dalam Mee kari ada yang tak da malas nak pi kedai...taugeh, daun bawang, tak letak ayam...gantikan dengan sotong, udang, fish cake & fish ball dan sayur sawi...tapi bolehlah nak makan..kenyang jugak Alhamdulillah hehehehehe

Mee Suah pulak..sepatunya guna bihun...tapi hentam sajelah labu guna mee kuning je...sayur-sayur hijau semua tak letak sbb budak2 ni suka carrot je..



Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day

happy teachers day ecard Pictures, Images and Photos
16 May 2010
Happy's Teacher's Day to all teacher out there!

To all my teachers that have been taught me during kindergarden school
until University.

Thank a lot guys...You're always be remembered!


Mother's Day celebration at SOY restaurant







complimentary keropok udang



N3 yang lepas sambutan Hari Ibu..celebrate di SOY restaurant di Ibn Battuta Mall.
Order simple2 menu je...sorry gambar blur sket..guna hp je terlupa bawa camera besar hehehe

Order chicken steamboat and mee goreng...steamboat okaylah tapi tak leh lawan Johnny's steamboat kat Malaya hehehhe


Saturday, May 15, 2010

Marble Cheese Cake





Sebelum ni tengok Cheese Cake kat rumah Kak Azita sodapnye tergoda.....so semalam saje nak try buat Cheese Cake...1st time ni...takut jugak tak jadi hehehehe...Alhamdulillah nasib baik jadi..cuma coretan marble tak berapa cantik sangatlah hehehe..takpelah rupa tak lawa tapi sodap hehehe


Simple Marble Cheese Cake by azita


Bahan-bahan :

250 gm cream cheese
1 cawan fresh cream @ fresh milk
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur Gred B
4 sudu besar gula
1 sudu kecil cokelat emulco


Cara-cara :

1. Panaskan oven 175 degree. Sapukan loyang 8" dengan marjerin atau alas dengan kertas minyak ataupun oven paper.
2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali cokelat emulco ke dalam mangkuk dan putar hingga menjadi krim.
3. Ambil 2 sudu besar adunan dan asingkan. Letak cokelat emulco dan kacau rata. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Masukkan baki adunan ke dalam loyang. Marblekan dengan adunan cokelat tadi.
5. Bakar selama 45 minit. Gunakan api atas dan bawah (steam bath)
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap


Thursday, May 13, 2010

47 darjah celcius


Hari ini keluar pergi register my son for next semester KG1..Alhamdulillah semua dah selesai..
Harap-harap dia okay and ready for school.. sebab dia still pakai pampers lagi ni hehehe risau gak heheh kena ajar toilet train..
Sini umur 3-4thn dah mula KG1..bila umur 5th KG2, Grade 1 umur 6thn.

Selalu terperap dalam rumah je sekali keluar tengahari panas betul tak tahan...47 darjah celcius tu...urgghhh dah mula summer ni..balik-balik rumah pening kepala...panas sejuk panas sejuk...rumah buka aircond kat luar panas..

Tuesday, May 11, 2010

Kek Gula Hangus (Honeycomb Cake)





11/5/2010


Semalam..tak da keje nak buat...so try buat Kek Gula Hangus...dulu-dulu masa kecil mak selalu buat tapi tak reti buat...ni 1st time buat...tapi dia punye ronga-rongga tu tak banyak sangat macam mak buat..tapi bolehlah kan 1st time buat menjadi Alhamdulillah


RESEPI KEK GULA HANGUS
HONEYCOMB CAKE / KEK GULA HANGUS
Sumber : Pn. Halimah (blog maklang) tks yer

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
1. Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
2. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
3. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
4. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.