3 July 2010
Salam semua pengunjung-pengunjung setia blogger, kekawan alam cyber, sanak sedara, sahabat handai yang mengenali saya..
Kami akan bercuti Balik Kampung di Malaysia buat sementara waktu....
Doakan perjalananan kami selamat sampai pergi dan balik ya
Kalau nak berjumpa dengan saya bolehlah hubungi saya di Facebook..
Insyallah kalau ada rezeki kita boleh berjumpa :)
Seronok sebab dah setahun tak balik ni...budak-budak pon begitu jugak rindu dengan opah, dan moyang di kampung...sementara diaorg tengah cuti Summer Holiday di sini.
1st thing kami sampai KLIA akan terus menuju di kg arwah abah di Sungkai Perak..untuk bertemu dengan opah yang tak berapa sihat yang berumur 91 thn...(budak-budak pon rindu dengan moyang diaorg satu-satunya moyang yang masih hidup) dan tak lupa juga melawat kubur arwah abah di kg (pejam celik pejam celik cepat masa berlalu sudah 9 bulan arwah abah kembali ke Rahmatullah)
Selepas tu akan terus ke Rawang, Selangor bertemu Opah (mak saya Hjh Fatimah) dan Nenek di Kapar, Klang (mak mertua Hjh Napseah) yang pasti cucu-cucu mereka yang tak sabar dan rindu dengannya..
Selepas tu kami akan ke Perak semula...di Taiping rumah adik arwah abah yang bongsu...Ayah cu buat kenduri cukur jambul cucu terbaru..anak ke-2 sepupu saya Huda..
Macam-macam agenda/aktiviti makan-makan, cuti-cuti Malaysia, Reunion Kawan-kawan sekolah,dll... yang bermain di fikiran saya ni..semoga masa yang terluang ini akan saya isikan dengan sebaik yang mungkin...Insyallah
Sehingga berjumpa lagi...saya akan update lagi ya blog ini..
1 comment:
happy holiday n enjoy ur stay here!!
Post a Comment