MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, April 22, 2009

donut homemade


22nd April 2009


Hari ni terlebih rajin....saje nak cuba buat donut sebabnya bila lalu je MOE ada kedai donut krispy cream mesti my daughter ckp mama I want donut pink..per pc donut kat sini hege 5aed...kalau di dunkin donut 4aed per pc


So kalau buat sendiri lebih jimat betul tak? Inilah hasilnya first time buat donut..jangan gelak sudah ler size dia ada kecil ada besar hehehehe tak da acuan donut guna tutup botol je hehehhe sib baik menjadi


TARAaaaaaaaaaaaaa

sama tak mcm kat kedai donut tu?


Letak topping chocolate je...cari kat kedai tak jumpa lak toping kaler pink..

next time bolehlah decorate topping atas letak kacang, badam, chocolate rice.

Satu adunan - menghasilkan 18 biji donut yg sederhana besar

Resepi ni telah saya adjust dari resepi-resepi yang ada di internet


DONUT Resepi Amida

Bahan-bahan
Tepung gandum (250 gm)
yeast 2 bungkus mauripan (22gm)
gula (40gm)
garam (1 sudu teh)
telur sebiji
butter (30 gm)
susu Full Cream (125ml) (susu jangan sejuk..nanti yis x naik susu suhu bilik)

Cara-caranya :-
  • Tepung, butter bancuh sekali..gaul-gaul lepas tu letak telur gaul sket. Yeast n gula bancuh bagi hancur dlm susu, Biar 1 - 2 minit naik sket bubuh garam. Lepas tu masukan dlm tepung..uli. Jika lembik tambah tepung sedikit.
  • Uli bagi sebati tak sampai 5 minit. Biarkan doh 30 minit bagi naik. Lepas tu canai tebal sket..1/4 inci, terap bulat. Lepas tunggu biarkan doh tu naik lagi 20 to 30 minit
  • Panaskan minyak dalam kuali…Minyak biar banyak dan panas baru masukkan donut goreng sehingga kekuningan atau garing. Angkat
  • Biarkan donut sejuk, lepas tu kalau nak letak topping ikut suka (toping chocolate)
  • Kalau buat banyak nak frozenkan goreng separuh masak pastu masukkan ke dalam plastik frozenkan


Toping Chocolate :-
1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2. coklat masakan + butter sedikit + gaul


Topping Gula icing
1. Gaulkan donut yang telah di goreng dalam gula icing


Note: Adunan Doh ikut kualiti dan jenis tepung gandum (kalau lembik tambah sedikit tepung)






5 comments:

cikpuanpijan said...

akak guna resepi mana? nampak gebu kak....tak kisah la rupe dia..janji rasanya sedap!!

QiStinA's said...

mmg betul fida...buat sendiri lagi puas makan kan..kat sini..he..he.. tak kisah la shape or colour ape pun...janji sedap...he..he

FiDa@aMiDa said...

fizan,

guna resepi campur2 (dari kekawan internet) pastu bigger2 sket adunan dia..try lah nanti
nanti akak paste resepinya.
tak guna shortening entahlah cari kat dubai ni tak jumpa lak.

kak moi
bolehlah nak makan hehehhe
sini shortening ada kat mana ya?

cikpuanpijan said...

akak, saya suka yg simple macam ni..saya copy eh...

*rasanya shortening tu optional aje..tak payah pun tak pe...

FiDa@aMiDa said...

fizan

sharing is caring
copylah silakan :)

satu adunan tu boleh dpt 18 biji
saiz sederhana tak x besar sgt.
sekali buat tu terus habis kena ngap dgn budak2