MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, December 19, 2009

Selamat Hari Jadi ke 11 Farah

Buat lagi satu lagi kek heart chiffon orange...sbb cupcakes tak cukup heheheh















17 December 2009


Cupcakes coklat khas untuk anak sedara....Birthday Farah jatuh hari Khamis..semalam baru buat cupcakes...so hari ni baru nak celebrate...just a simple deco..


Harap farah suka..asu buat special untuk farah tau :)
Deco guna buttercream + piping jelly
Dah abis cupcakes buat lagi satu kek heart...orange chiffon



Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah untuk semua


17 December 2009


Salam Maal Hijrah untuk semua...semoga tahun Islam yg baru diberikan keberkatan, keinsafan, murah rezeki dan diselubungi rahmat dan keredhoan Allah s.w.t..Insyallah Aminnn


Tak lupa jugak nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak sedara Farah Amni Irdina yang ke 11 tahun..semoga menjadi anak yang solehah..good luck for your UPSR tahun depan..










Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah dah complete class deco cupcakes










Gambar ehsan my sifu kak zue...camera dah full memory


7 Disember 2009



Cuti-cuti Malaysia saya habiskan masa lapang yang terluang dengan attend course yang saya minat...Alhamdulillah dah selesai attend Basic Cupcakes Deco Class with my sifu kak zue. Thanks ya kak zue..happy sangat and bangga jadi your 1st student..best sbb kak zue ajar one to one boleh concentrate dan byk ilmu yang saya dapat.
Insyallah lepas ni saya lebih bersemangat nak mendeco cupcakes bila balik Dubai nanti....kekawan Dubai kalau nak order kek boleh cari saya lah ya hehehheehe


Wednesday, November 25, 2009

salam adiladha buat semua


salam semua pengunjung-pengunjung setia dan teman2 blogger dan cyber..lama dah tak berupdate blog yang dah bersawang ni..



Buat pengetahuan semua...saya tengah bercuti kat Malaysia sekarang ni sempena menyambut Hari Raya Adiladha...kalau ada kekawan nak jumpa bolehlah datang ke rumah mak saya di Rawang (tapi kena call dulu ya takut saya merayap biasalah cuti-cuti ni kan hehehhe)


Alhamdulillah tahlil arwah abah yang ke 40 hari telah selesai pada 23/11/2009 lepas..sekejap aje masa berlalu..Raya Adiladha kali ini terasa sunyi lah sebab arwah abah dah tak da...masih terbayang-bayang lagi macam dia masih ada lagi di dunia ni..sampaikan ada kekawan masih menghubungi nombor hp arwah abah pada mereka yang tak tau lagi ketiadaanya..
Raya Aidiladha kali ni tak semeriah tahun-tahun yang lepas kami sambut ala kadar aje..kami akan mengunjungi pusara arwah abah di kg Sungkai Perak (tempat kelahiran dan saat-saat terakhir arwah abah mengembuskan nafasnya di pangkuan ibunda yang tersayang hajjah Jamilah yang masih kuat lagi berumur 90 thn)

Pada mereka-mereka yang dalam perjalanan balik kg tu hati-hati di jalan raya ya...pada yang masih ada ibu bapa tu luangkan masa menziarahi mereka...pada yang jauh tu kalau tak dapat ziarah tu selalu-selalu lah menghubungi mereka ya..



Saturday, October 17, 2009

Al fatihah buat arwah abah Hj Osman bin Ngah Ismail

17/10/2009
Al fatihah

Terima kasih atas ingatan dan doa kalian semua..Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan, kami selamat sampai KLIA pukul 8 pagi Jumaat, dan sampai ke kg Sungkai Perak pada pukul 11pagi dan sempat tengok wajah arwah abah dgn muka berseri dan tersenyum...

abah maafkan kesalahan dan dosa kami tak berkesempatan nak jumpa abah masa raya haritu halalkan & makan minum kami..kami redha pemergian abah semoga roh abah dicucui rahmat Illahi...Insyallah Amin..Ya Rabbal A'lamin....Arwah abah ke kg menemui ibunya tercinta dan meninggal serta rebah di atas pangkuan ibundanya (opah) yang tercinta setelah sesak nafas akibat serangan jantung
kami akan adakan kenduri tahlil lepas Isyak di Sungkai Perak hari ni dan akan adakan kenduri tahlil di Bandar Country Homes, Rawang Selango jugak nanti...talian utk dihubungi 012 911 8175
saya kehilangan arwah abah tercinta pada 15/10/2009



Thursday, October 15, 2009

Cucur Udang Kak Jun


14/10/2009



Semalam petang buat cucur udang...dah lama tak makan..kalau kat Malaysia guarantee beli kat kedai punye...kat sini tak da...so buatlah ikut resepi kak jun..thanks sudi share resepi..cucur saya ni terlupa letak pewarna kuning so jadi warna asli tepung :) tapi tetap sedap makan panas-panas cecah dengan cili sos...saya tak guna cili sos botol aje..tak sempat nak buat sos sendiri atau buat kuah kacang lagi power


RESEPI CUCUR UDANG
Kak Jun - Terima Kasih

Cucur Udang Sedap Jun



Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
250gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna baking powder)
taugeh
daun kucai-potong2
air dan garam secukupnya
sedikit pewarna kuning
150gm udang


Bahan untuk sos:-
@ 2 sudu besar cili boh
@ 10 ulas bawang putih-cincang
@ 50gm cili sos
@ garam
@ sedikit gula
@ 100ml air
Minyak secukupnya


Cara-cara
Untuk sos:-
satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.
Untuk cucur:- satukan tepung ngan soda bikarbonat.
1. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. (jun tambah jagung ngan parutan carrot). Bancuh hingga rata dan pekat.

2. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas.
Cucur akan tertanggal dari senduk.
3. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
# pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..heheh


Wednesday, October 14, 2009

Bingka Jagung kak hanieliza



13/10/2009


Dah lama tekak ni nak makan Bingka Jagung tak terbuat-buat...so semalam baru lah buat...bakar lama sejam lebih nak bagi keras atasnya...menunggu bakar sampai mengantuk lah pukul 2.22 pagi baru tido..


Alhamdulillah elok jadinya..terima kasih kak liza kongsi resepi



RESEPI BINGKA JAGUNG
Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair





Cara-cara:

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.

2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.

3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.


Telur masin & sayur aje



Dah lama rendam telur ayam ni....semalam baru rasmi kan hehehehe..telur tak berapa kuning sangat...garam tak cukup kot hehehhe anyway bolehlah nak makan

RESEPI TELUR MASIN
by arioferoz - Terima Kasih



Bahan-bahan ( 18 biji telur )
18 biji telur
1 mangkuk garam biasa
4 mangkuk air
1 sb sichuan pepper corn (optional)


Cara-cara
1. Masak air dan garam sampai garam dissolves. Disejukkan lepas tu masukan sichuan pepper corn Masukan telur kedalam botol dan tuangkan air garam tadi. Tutup ketat dan disimpan dlm pantry selama 3 minggu. Test satu masak klu belum lagi simpan lagi seminggu or beberapa hari. Bila dah ok keluarkan dari botol dan simpan dlm peti sejuk.

2. Tips dari kawan : Masukan sedikit nasi kedalam air garam tu, klu nasi tu naik means cukup masin or stir air garam tu klu garam tak dissolves means cukup masin jugak... selamat mencuba senang ajer....



Perut masak lemak cili padi kak hanieliza




11/10/2009
Menu lepas-lepas...sempat mencuba resepi kak hanieliza kita...resepi asal masak lemak perut + buah belimbing..tapi kat sini tak da stok so tak da lah letak..tapi still sedap jugak hehehhee..terima kasih kak liza sudi share resepi muah..I Luv U


RESEPI Masak Lemak Ciliapi Perut + Belimbing Buloh
Resepi Kak Hanieliza

Bahan-Bahan
500 gm perut
10 biji belimbing buloh (saya tak letak)
1 batang serai [ketuk]
2 cawan santan pekat
garam

Bahan Mesin
20 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 cawan air

Cara
1. Rebuskan perut sehingga lembut. Potong kecil.
2. Masukkan perut, bahan mesin, serai dan garam dalam periuk dan masak sehingga mendideh.
3. Masukkan santan pekat dan buah belimbing. Kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila telah mendideh rasakan garam dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi putih


RESEPI AIR ASAM UTARA
ni resepi air asam utara amida selalu buat...x taulah kalau ada org lain ada lagi resepi yg lain :)

Bahan-bahan
potong bawang nipis2
potong tomato nipis2/potong dadu
potong cili padi nipis2
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
belacan

Caranya:
1. ramas2 dgn tangan tomato dan bawang tu sampai hancur dlm air asam jawa
2. masukkan garam dan gula
3. letak belacan sket
4. pastu masukkan cili padi dlm air asam tu
5. gaul2
6. sedia utk dimakan dgn ikan bakar




Monday, October 12, 2009

Melawat Baby Dubai lagi Baby Mufid Kak ZaiY

Melawat Kak ZaiY di rumahnya
Baby Kak ZaiY yang lahir pada 8/10/2009

Baby Mufid yang comel tengah lena tido


9/10/2009
Setelah kepenatan malam tadi beraya sakan di RAK...keesokkan tenghari pulak kami melawat baby Dubai yang baru lahir baby Kak ZaiY kawan blogger di UAE...1st time jumpa live in person dengan Kak ZaiY comel baby boy dia :)
Kak ZaiY tinggal di area Bur Dubai nasib baiklah fairus ada tunjukkan jalan memang 1st time jugak pergi ke rumahnnya
Selamat berpantang Kak ZaiY


open House BBQ Unta di RAK


Bergambar dengan Tuan Rumah Kak Intan

BBQ Daging Unta Padang Pasir Al Ras Khaimah (RAK)

Konvoi rombongan cik kiah 3 buah kereta dari Dubai ke RAK


9/10/2009
Seronok betul konvoi rombongan cik kiah 3 buah kereta dari Dubai ke RAK bertolak dari rumah dalam pukul 5 petang menuju ke RAK mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan...walaupon jauh dan memenatkan tapi seronok dapat jumpa kekawan...makan makan sembang2...balik dalam lebih kurang 10.30 malam sampai rumah 12 lebih tengah malam


Open House Rumah Malaysia di Dubai

Pelbagai juadah disediakan
Antara para tetamu yang hadir


Tuan Consulate General yang segak bergaya dengan bersampin dan berbaju Melayu


small contribution from me



Open House Raya di Rumah Rasmi Konsul Jeneral Malaysia Di Dubai

Pada 8 Oktober 2009 pada Jam 8-10 pm