MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, May 7, 2011

Kuih Lopes Perantau











Tak sangka menjadi KUIH LOPESKU hehehehe


Dah lama nak buat kuih lopes ni sendiri tapi tak terbuat-buat...

minggu lepas ada mood rajin sket buatlah

copy paste kat rumah kak moi thanks for sharing

RESEPI KUIH LOPES PERANTAU




Bahan-bahan
3 cawan beras pulut


3 cawan santan


pewarna hijau


kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)


garam


1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)


1 1/2 cawan air***


daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula





Cara-cara
1. Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna. Toskan pulut tadi n masukkan santan dan secubit garam
Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak
2. Sediankan cling film/plastik dan oleskan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atasnya
3. Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi. Sejukkan pulut sebelum dipotong
4. Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
Untuk air gulanya : - masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes

Monday, May 2, 2011

City Moon




Nasi Lemak

Pasembor


Nasi Goreng Pattaya



citer backdated


Bulan Lepas ada try pergi sini..best jugak restaurant ala-ala mamak


Ada Pasembor/Rojak, Nasi Goreng Pattaya, Nasi Lemak, teh tarik, ABC, roti canai telur,etc


Area Karama....berdekatan dengan Baithong (dah tutup dah) dekat-dekat Singapore Deli.



Kalau compare makanan dan harga better di sini lebih murah dan sedap :)

Standard di Dubai lah ye...



FOR MORE INFO



CityMoon Karama - Dubai UAE







Saturday, April 23, 2011

Tahlil dan doa selamat




















22/4/2011


Daripada Abu Hurairah r.a.” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍصَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “Maksudnya :“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.



Tahlil & doa selamat

kami sedekah bacaan Yassin untuk orang-orang yang kami sayangi



untuk arwah Abah Haji Osman bin Ngah Ismail, arwah opah Hajjah Jamilah binti Hj Wahib, arwah aki Ngah Ismail bin Lebai Ibrahim, Tok wan - Hitam binti Khamis & tok mid Abdul Hamid bin Hamidon, arwah bapa mertua Haji Rostam bin Kasiran, Hajjah Aton



Alhamdulillah dah selesai

Tuesday, April 19, 2011

Mee/Bihun Udang


10/4/2011


copy paste dari blog noreen thanks for sharing :)





RESEPI MEE UDANG


Bahan-bahan:

500gm mee kuning [saya guna bihun]

100gm udang

200gm isi ayam - direbus dan disiatkan [saya tak letak]

4 biji telur - direbus & dibelah 4

2 keping fish cake - dipotong

60gm tauge

daun bawang dan bawang goreng

garam dan gula secukup rasa

[saya letak sayur pok choy]



1. 1.3 ltr air - direbus dgn kulit & kepala udang hingga mendidih, perlahankan api selama 20 min kemudian ditapiskan



Bahan pes udang:

200gm udang [saya guna udang kering]

50gm bawang putih

50gm cili kering

80gm bawang merah





cara:
1. pes udang: kisar dan tumis dengan 1/4 cawan minyak hingga kering
2. kuah: jerang air rebusan udang dengan pes udang
bila mendidih, masukkan garam dan gula
3. celur mee, udang, fish cake dan taugeh
hidangkan dengan kuah, telur rebus, isi ayam, bawang goreng dan daun bawang
source: puan norzailina nordin


Friday, April 1, 2011

1st trial apam dot dot blueberry filling

apam dot dot blueberry filling 01/04/2011

Exceli dah lama dah teringin buat kuih apam ni...dah banyak kawan-kawan blogger dah buat Alhamdulillah kali ni ada masa nak mencubanya... Share resepi cilok dari rumah hana...thanks ye hana


RESEPI APAM DOT DOT

Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Pewarna

Cara-cara


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.


2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.


3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).


4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.


6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.


7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




NOTE dr Hana: Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D). Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur




swimming time





01/04/2011


Petang tadi budak-budak ajak papa diaorg pi swimming..

5 minit walking distance dari rumah....sejak pindah The Springs baru kali ni nak merasa mandi pool...emmm dah bagi masuk dalam pool tak mau keluar pulak dia nak berendam lagi adui hehehehe


my homemade popcorn




1/4/2011


It's spring break starting 1-9 April 2011, so apa nak buat ye dengan budak-budak ni..

exceli bulan lepas dah beli machine popcorn ni tapi tak terbuat-buat...so petang tadi buatlah untuk diaorg sambil tengok tv


Alhamdulillah menjadi mudah je...dalam masa 3 minit kejap je dah siap...seronok dengar time popcorn tu dah siap pop pop pop keluar dari corong


Lepas ni tak yah beli popcorn yang mahal jugak kat sini...mama buat hari-hari pon takpe :)