MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, May 15, 2010

Marble Cheese Cake





Sebelum ni tengok Cheese Cake kat rumah Kak Azita sodapnye tergoda.....so semalam saje nak try buat Cheese Cake...1st time ni...takut jugak tak jadi hehehehe...Alhamdulillah nasib baik jadi..cuma coretan marble tak berapa cantik sangatlah hehehe..takpelah rupa tak lawa tapi sodap hehehe


Simple Marble Cheese Cake by azita


Bahan-bahan :

250 gm cream cheese
1 cawan fresh cream @ fresh milk
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur Gred B
4 sudu besar gula
1 sudu kecil cokelat emulco


Cara-cara :

1. Panaskan oven 175 degree. Sapukan loyang 8" dengan marjerin atau alas dengan kertas minyak ataupun oven paper.
2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali cokelat emulco ke dalam mangkuk dan putar hingga menjadi krim.
3. Ambil 2 sudu besar adunan dan asingkan. Letak cokelat emulco dan kacau rata. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Masukkan baki adunan ke dalam loyang. Marblekan dengan adunan cokelat tadi.
5. Bakar selama 45 minit. Gunakan api atas dan bawah (steam bath)
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap


Thursday, May 13, 2010

47 darjah celcius


Hari ini keluar pergi register my son for next semester KG1..Alhamdulillah semua dah selesai..
Harap-harap dia okay and ready for school.. sebab dia still pakai pampers lagi ni hehehe risau gak heheh kena ajar toilet train..
Sini umur 3-4thn dah mula KG1..bila umur 5th KG2, Grade 1 umur 6thn.

Selalu terperap dalam rumah je sekali keluar tengahari panas betul tak tahan...47 darjah celcius tu...urgghhh dah mula summer ni..balik-balik rumah pening kepala...panas sejuk panas sejuk...rumah buka aircond kat luar panas..

Tuesday, May 11, 2010

Kek Gula Hangus (Honeycomb Cake)





11/5/2010


Semalam..tak da keje nak buat...so try buat Kek Gula Hangus...dulu-dulu masa kecil mak selalu buat tapi tak reti buat...ni 1st time buat...tapi dia punye ronga-rongga tu tak banyak sangat macam mak buat..tapi bolehlah kan 1st time buat menjadi Alhamdulillah


RESEPI KEK GULA HANGUS
HONEYCOMB CAKE / KEK GULA HANGUS
Sumber : Pn. Halimah (blog maklang) tks yer

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
1. Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
2. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
3. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
4. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

Sunday, May 9, 2010

Award dari Ct

Award ini Ct yang bagi saya...terima kasih exceli tak da pro sangat memasak ini hehehhe sekadar mengisi masa lapang hidup di perantauan ni tak keje nak buat hehehhe apa lagi masak makan masak makan


3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
1. Ayam Masak Merah
2. Sambal tumis Ikan Bilis
3. Sup Ayam


3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
1. Puding Roti Marble - 1st time buat dulu2
2. Bingka Jagung- my favourite
3. Puding Triffle - agak lama tak buat


3 jenis biskut kegemaran time raya
i) Biskut Buah Kana
ii) Biskut Peanut Butter
iii) Biskut coklat chips


Bagi Award ni pada 3 orang rakan rajin memasak
1. Siti Fairus
2. Kak ZaiY
3. Kak Moi

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day to all mother out there!




8/5/2010


To My Beloved Mom Hajjah Fatimah Abd Hamid and MIL Hajjah Napseah Omar
Thanks you're a great mom!


To all my blogger friends and all my followers sudi-sudikan lah collect this

e-Card!

E-card dari Ros Tokyo

E-Card dari NekPP @ kyatie
E-card dari kak azatie




E-Card dari Kak Ina KL

E-Card dari Kak Intan



E-Card dari Kak Inahar
E-Card dari Putu Bambu akak Nett (kawan uitm)


E-Card dari Kak Yatie US




Friday, May 7, 2010

Exclusive with Tun Dr Mahathir at DSG

my idola
my hubby sempat bersalam je




6/5/2010

"Nation Building-Malaysia's Experience"
at the Dubai School of Government speech by Tun Dr Manathir
Location: Dubai Convention Tower, Dubai UAE 7.30-8.30pm

Alhamdulillah previlege and honoured dapat bergambar dengan Tun Dr Mahathir...sejak dia datang Seoul dulu memang teringin nak bergambar dengannya tapi masa tu saya tengah berpantang...tak da rezeki orang kata...Alhamdulillah semalam rezeki dapat jugak at last
a very special moment in life :)


Thursday, May 6, 2010

Mee Bandung & Kari Ayam




Mee Bandung menu kelmarin...Kari Ayam bila dah lupa hehehehe