MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, May 2, 2009

Roti sosej, donut pink







1/05/2009

Hari ini adalah Hari Buruh untuk semua yang bergelar pekerja..
so cuti ni ada plan nak attend AGM MyUAE Pro di Bangunan MATRADE
bermula jam 9.45 pagi..

Sebelum bertolak dari rumah sempat goreng kentang untuk sarapan pagi.
pagi tadi kami terlewat sket sampai..meeting pon dah bermula..

Setelah dah buat undian semua..ada sedikit jamuan ringgan Nasi Lemak, kuih muih, teh yang di sediakan oleh Puan Shafinaz...sedap Alhamdulillah kenyang perut

Dapat bertemu kawan-kawan Sheila, Putri, kak intan, Aida, Kak Zaida, Shafinaz..
Aida dan kak zaida masing dah berisi tak lama lagi menimbang cahaya mata...semoga dapat baby yang comel dan sihat...Insyallah.

Tahniah!! pada President serta AJK My UAE Pro sessi 2009 dan salam perpisahan serta selamat berhijrah ke tempat baru Jeddah pada Pak Payne serta kak aishah sekeluarga...(walaupon saya tak berapa kenal rapat sbb baru beberapa bulan je kat sini) KLIK sini

Setelah bersurai masing-masing menunaikan Solat Jumaat di Masjid berhampiran..sementara tu budak-budak ni lepak2 diaorg ini sempat jumpa Uncle Jo kat lobby Spendid Hotel Apt tempat mula-mula kami tinggal sebelum pindah rumah. Wah sekarang Uncle Jo dah naik pangkat jaga kaunter reception...Alhamdulillah..tersengeh Uncle Jo bila di pelawa untuk bergambar sekali untuk kenang-kenangan..


Balik semula ke rumah kepenatan..tido..
Petang tadi keluar ke Lulu Hypermarket beli barang-barang dapur dan jugak cari bahan untuk buat roti utk Jualan Malaysian Food Bazaar 15 Mei (4-6 ptg) tak lama lagi yang bertempat di rumah Pn Sara Consulate General Residence... so kekawan area Dubai jemput datang ya open to all Malaysian and public too

Seperti di janjikan...memang niat nak buat Donut untuk kali ke-2..sebab dah jumpa kaler pink...kakak nak donut pink..so petang tu dengan berkobar-kobar ke dapur menyiapkan doh donut..kali ni tak tau apa yg silap adunan donut tu lembik sedikit..tambahlah tepung lagi sampai tak melekat tangan...goreng mcm biasa..then letak toping colour pink...bolehlah janji anak ku makan donut tu.


taraaaaaaaaaaaa
jangan gelak ya...inilah hasil toping coluring pink yang comot huhuhu
takpelah janji sedap dimakan puas hati dpt byk dari beli kat kedai donut tu mahal.
Entahlah hari ini kenapalah diriku terlebih rajin....nak buat roti sosej resepi kak hanieliza..lagi tu hahahah larat ke..layan ajelah...
kali ni buat roti guna breadmaker...letak semua bahan..mesin yg uli...dah siap..keluarkan canaikan dan bentukkan ikut apa yang kita suka..so kali ni buat roti sosej..inti sosej ayam.


jeng jeng jeng..
hasilnya
Alhamdulillah
hari ini tak masak nasi..kenyang makan donut dan roti sampai ke malam



Thursday, April 30, 2009

Rahsia Masak Ekspress



30-4-2009


Pagi ni tapau kakak kentang goreng smiley face.

Tenghari ini punye menu



Nasi Putih
Ikan Kembung Goreng Bercili
Ikan Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung
sayur campur semalam ada lagi sket hahhaha
Ulam - Timun + salad


Okay nak citer dua hari lepas dapat buku Besday Gift saya bulan Januari lepas (baru dapat sbb kapal laut sampai lambat huhuhu 3 bln baru dpt) exceli bukan dpt buku je..mcm-mcm mak saya letak dalam kotak tu bukan satu je 2 buah kotak lak tu seberat 10kg setiap kotak hahahha..nasib baik semua okay barang-barang kering je..(ada mainan, buku-buku budak2 buat cucunya, comforter, karpet korea,dll) sebenarnya kotak2 ini ingat pos awal sempatlah saya guna sebelum pindah masuk rumah hari tu...ialah masa tu tak da katil semua..ingatkan bolelah guna comforter dan karpet tu..dah lambat sampai saya beli dulu comforter dan karpet kat sini.


Anyway...Terima kasih lah pada sal_nuar sbb geng Birthday Gift Wnc yang mengeposkan buku ini pada my mum kat Msia..


Setelah dapat Buku Resepi 30 minit Chef Kamarul berkobar-kobarlah lagi nak masak hahahhah..so asben cakap ha lepas ni tak ada alasan lah tak boleh masak sedap-sedap sbb dah ada Buku Masak Ekpress 30 minit tu


Secara keseluruhannya bagus isi kandungannya macam-macam ada..ringkas, padat ada tips mengurus dapur, tip masakan dan dll....orang kata bukan sekadar resepi tau dari Resepi Pagi sehinggalah Resipi makan Malam serta Resepi pemanis mulut & minuman

Kalau berminat buku ini berharga RM25.90 bolehlah didapati di kedai-kedai buku berhampiran dengan anda (tolong promosi tuan punye buku Chef Kamarul - dapat komisen ke tak ni hahahahha - gurau je)

Wednesday, April 29, 2009

Menu hari ini




29-04-2009

Pagi tadi siapkan kakak macam biasa untuk ke sekolah..bawa bekal coco crunch.


Balik dia nak jagung rebus...kat sini kalau beli kat Lulu tu 6aed satu cawan dah ler mahal..baik buat sendiri puas hati dapat banyak sepeket jagung yang direbus tu boleh dpt bercawan2 jagung rebus hahahhaha

Rebus jagung dah siap tos + letak butter + garam..budak2 tu suka makan abis satu paket mama dapat rasa sket je haahaha
Sambil budak-budak ralit tengok tv dan main-main..


Tengahari masak nasi putih, goreng ikan bawal, potong-potong sayur semua..
so hari ni masak Ikan Bawal Sweet Sour yang buat pedas - sbb papa dia suka makan pedas, so untuk budak buat Ikan Bawal Goreng Tepung, buat sayur campur oyster sauce. Sayur karot + kobis + cendawan mmg sengaja potong byk sbb budak2 suka makan.

okaylah nak rehat2 je penat berdiri kat dapur

Tuesday, April 28, 2009

User Friendly Awards & Blog Love dari pn iena, wanli




28-04-2009


Deman Musim Award minggu ni...Hari ini sahaja dah terima 2 awards
dari pn iena (dah lama tak borak2) dan wanli (kawan mama club kmc)


Terima kasih banyak-banyak semoga persahabatan kita kekal FoReVeR
so kekawan yg singgah bertandang ke sini jangan malu-malu kucing tau terus ambil award ni letak dalam blog masing-masing ya..

Monday, April 27, 2009

Award from ct







27/04/2009

..cayang ct muah.


Award ni dari ct terima kasih banyak..cayang ct muah.
harap ct sihat-sihat selalu jaga kesihatan dan baby dlm perut tu hehehe
so kekawan yang bertandang ke blog ni silalah ambil awards anda ya


Sunday, April 26, 2009

Bun Sardin


26-04-2009
ROTI BUN SARDIN

Malam tadi dah pukul 12 malam tetiba teringat esok 9 pagi ada Mesyuarat perwakilan di Bangunan MATRADE untuk bincang pasal Malaysian Foods Bazaar yang di adakan bulan Mei nanti. Alamak nak bawa apa untuk port luck...emm buat roti lah.

Resepi Roti Bun Sardin ini di ambil di internet Resepi Kak Hanieliza...
Terima kasih kak liza...mmg saya selalu buat roti ni...kalau buat roti guna resepi kak liza mmg menjadi..
Dah lama tak buat roti bun sardin ni sejak berpindah ke Dubai ni...agak-agak skill buat roti tu ada lagi ker hahahhah


Last minute ni....gagahkan jugak...uli tepung semua dah pukul 2 pagi..emm nak tunggu lagi 2 jam untuk doublekan kenaikkan doh..tido dululah...ingat nak bangun pukul 4 pagi..entah camner boleh terlajak tido bangun dah pukul 5.30 pagi kelam kabutlah nak siapkan anak dara tu sekolah lagi hehehe

Minta tolong papa dia mandikan kakak...sambil tu canai doh letak inti sardin dalamnya...tunggu 30 minit untuk doh tu mengembang sekali ganda...

cepat2 mandi segala bangai semua..

Sementara tu masuk roti tu dalam oven pembakar. Bawa kakak turun tunggu bas sekolah pukul 6.55 pagi.....pesan kat Sheila mak si eden from South Africa (sama bas dgn kakak Fatin Amily jiran sebelah building) bagitau Sheila in case I will be late, pls do me a favour take my daughter at your apt for a while...kalau tak pesan nanti sapa pulak nak tunggu kakak time balik sekolah tengahari nanti.


Naik2 atas...alamak terlupa nak sapu telur kat atas roti...cepat2 keluarkan dari oven sapu telur kat atas roti....bakar semula sehingga masak...siap2 si kecil ni mandi + pakai baju...nak nenen pulak adoi dah le kelam kabut..

Alamak roti tergaring lak pulak sib baik tak hangus hehehhe
cepat-cepat keluarkan pastu sapu butter atas dia untuk jadikan roti tu berkilat.
Siap2 semua...bawa beg, roti bun untuk port luck then get ready naik kereta sama dengan papa pi opis.

So bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi.
Sampai-sampai dalam pukul 8.40 pagi tak da org sampai..
Kat bilik meeting pulak..si kecil ni pulak buat hal...merengek-rengek nak ke papa dia..ckp dgn dia..papa tak da kat opis..alahai nak bagi dia tenang payah betul..bawa ke keluar bilik meeting room...pujuk2 dia then masuk balik.. mula2 je dia baik dok diam..lepas tu mulalah nak dukunglah nak nenenlah...adoi sib baik dlm tu semua ladies je...bolehlah kasi nenen kat dia..mmg geram betul tadi anakku buat perangai...tak leh nak concentrate dalam meeting tu asyik nak berdukung jer dalam bilik meeting...lengguh tangan..agak-agak tangan sebelah kanan dah jadi muscle sbb dok dukung dia lama lak tu..

Memang dah agak mesti meeting abis lewat...pukul 11.40 minta diri balik awal reason nak ambil anak balik sekolah...On the way back, call Sheila dalam pukul 12 camtu...Kakak dah selamat lepak-lepak kat rumah dia sambil tengok tv sama-sama dengan eden anak dia..Sampai rumah dah pukul 12.15 tghari... Mujurlah Sheila tu okay...itulah guna berjiran in case ada apa-apa nak minta tolong senang.

Okaylah ni lah rupa roti bun sardin ku yang tergaring sket...Alhamdulillah janji sedap di makan...jemput makan


Pada Malaysian yang berada di sekitar Dubai
Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi
Jualan Malaysian Foods Bazaar
Anjuran oleh Persatuan Isteri-Isteri Perwakilan Dubai.
Pelbagai menu dan masakan Malaysia ada di jual di bazaar ini.
Bagi yang merindui masakan Malaysia..marilah join sekali

TARIKH : Pada 15 Mei 2009
HARI : Jumaat
TEMPAT : General Consulate Residence Al-Barsha
JAM : 4-6 petang



p/s pada yang nak pre-order roti sardin & roti sosej
boleh contact fida ya hehehhe
(emm larat ke nanti saya kena buat roti ni
sampai beratus pcs masa bazaar Mei nanti huhuhuhuhuhu)



Saturday, April 25, 2009

Chimes Far Eastern Cuisine

25-04-2009



Petang tadi, tak da buat apa-apa saje nak makan kat Chimes. First time pergi masa tu awal bulan feb kawan introduce kat situ sedap jugak ala2 Singapore Deli area Karama tu..tapi yang best restaurant open kitchen..so kita boleh nampak chief dia masak kat depan..makanan mmg sedap-sedap belaka tak rugi makan kat sini.


Restaurant ini area Al Barsha near by Mall of Emirates...berdekatan dengan Rose Garden Hotel Apt, terletak di bangunan Seven Sand Hotel Apartment,


Al Barsha Dubai UAE

Sapa-sapa nak try bolehlah ni map location.


Boleh hantar home delivery bagi sekitar Al-Barsha ni

Tel : 971 4323 4211


Petang tadi makan mee soto dan chay keow tiew