MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, November 9, 2010

Marble Cheese Brownies


AFTER


BEFORE
8/11/2010

Memang niat nak buat brownies dah lama dah...tengok kat rumah kawan-kawan blogger memang mengiurkan...Alhamdulillah sampai seru nak mencubanya heheheh rupanya tak dalah susah mana hehehehhe

First trial okaylah hehehehe..bawa pergi meeting perwakilan sebagai pot luck pagi tadi

sapa-sapa nak cuba silakan...copy paste dari blog kak yati - thanks


RESEPI MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonate*
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.* Bergantung pd oven masing2...saya tambah 10 minit lagi..


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
5. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
6. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

4 comments:

fizan wan pani said...

assalamualaikum... memang rezeki lah.. tengah cr resepi brownies utk jamuan perpisahan anak esok. boleh la ambil resepi ya..izinkan saya =)

FiDa@aMiDa said...

waalaikumsalam fizan

langkah kanan ye hehehe sila jgn segan-segan..selamat mencuba!

Ahoa Burger said...

Nak tanya ye... 1 cawan tu kira2 berapa gm? :) thank you...

FiDa@aMiDa said...

mazuah..1cwn tu tak sure berapa gm, sbb sukatan gula, tepung, serbuk koko utk gram berlainan better guna measurement cup ada jual kat kedai baking