With Moyang tersayang, Hajjah Jamilah
Barang-barang makanan
Banner registration Tadika ada gak terselit muka Amily
Gambar Amily
25 Oktober 2008 - Hari Terbuka Tadika Matahari
Jumpa lagi..bye2
Gambar Amily
Selamat Tinggal Malaysia.....
Aktiviti sebelum sampai ke Dubai (2nd posting)
30 Oktober 2008 - Packing barang
Lokasi : Bandar Country Homes, Rawang, Selangor
Hari ini mover datang rumah...inilah sebahagian kotak-kotak untuk di angkut ke Dubai guna kapal laut..mostly barang makanan (beras, bihun, gula, tepung, sos cili, sos tomato, kicap,dll), diaper budak-budak, Hari ni jugak, moyang Amily dan Adam datang tengok cicit nak pergi jauh...bermalam di rumah untuk sama-sama hantar ke airport nanti.
25 Oktober 2008 - Hari Terbuka Tadika Matahari
Lokasi : Bandar Country Homes, Rawang, Selangor
Kita Oktober ni terakhir lah Amily pergi tadika..kesian dia baru nak kenal rapat dengan kekawan tadika...tapi sempatlah dia belajar 6 bulan di sini..daripada tak pandai cakap dah pandai cakap..dah kenal warna, kira nombor, pandai colouring...dan sempat join rombongan ke Kilang Coklat di Sri Kembangan, Istana Negara, Tugu Negara..cuma yang tak best tak dapat join Hari Penyampaian Hadiah/Graduan Day pada 9/11 sebab masa tu dah selamat terbang ke Dubai.
Pengetua Pn Sheeba & cikgu kelas cikgu yatie kata walaupon Amily baru 4 thn dia cepat tangkap jugak apa yang di ajar...mula-mula jer senyap lama-lama mulut Amily bising jugak dalam kelas...Bak kata Aki Amily..."naik haus tayar kete Aki ulang-alik hantar cucu tak pandai-pandai lagi hehehhe takpe lah sekarang dah pandai"
Inilah sebahagian Hari Terbuka Tadika Matahari merangkap Jamuan Hari Raya serta Deepavali, gambar kelas Amily...dan kekawan-kekawan dia...masa last day pergi sedih gak dia nak tinggalkan kekawan. Nanti kat Dubai..papa cari skool baru ya..
Banner Registration Tadika...masa nak balik baru perasan ada terselit gambar Amily kat situ
18 Oktober 2008 -
Majlis Aqiqah Farris Adam serta jamuan kesyukuran
Lokasi : Kg Bukit Kapar, Jalan Bahagia, Klang, Selangor
Majlis aqiqah ini mmg dah lama niat untuk buat sejak berada 5 tahun lebih di Korea lagi...so bila balik Malaysia ada kelapangan so buatlah sekali dengan jamuan kesyukuran sebelum berangkat ke Dubai. Sebahagian gambar sekitar majlis Aqiqah Adam di rumah mak mertua.
No comments:
Post a Comment