MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, April 18, 2010

visit kidzania & class group photos


KG2 Casa G
Raffles International School
Umm Suquem South Campus
with Class Teacher Ms Saima Nabeel and Ms Lisa


Baru upload gambar-gambar ni...my daughter ada lawatan ke Kidzania so she enjoyed pergi Kidzania...siap cakap nak pergi lagi tu..nasib dia pergi dengan rombongan sekolah dapat special rate :) kalau tak mau kopak..masuk jer dah beratus

MORE INFO boleh KLIK SINI

Kat bawah ni gambar group photos of her class....Alhamdulillah dia dah pandai cakap english and more new vocab dia belajar..cuma cikgu kata dia pendiam kat sekolah tak banyak bercakap tapi takpelah janji dia happy dengan sekolah dan seronok ke sekolah tak pernah dia complaint tak mau pergi sekolah,etc..

Her best friends...Mai from Japan Amalia from Germany and shuruthi from Malaysia
Cepat masa berlalu...this september she will in grade 1


Saturday, April 17, 2010

Dinner at Salam Namaste







Interior dapur yang terbuka

dinner with hubby's friend

17/4/2010

Dinner with hubby's friend..dia belanja makan...so tak da ambil gambar makanan sangat segan dengan dia :)

Salam Namaste Restaurant terletak di Al Barsha1 di Seven Sands Hotel Apartment...berdekatan dengan Restaurant Chimes..

Makanan ok not bad rasa masakan original Indian food..

Monday, April 12, 2010

homemade pizza sosej ayam



BEFORE & AFTER
menikmati pizza mama buat :)
budak naughty nak inteprem gak :)
12/4/2010

Hari ni malas nak masak nasi dan lauk pauk...so decided to bake pizza ajelah..lagipon budak-budak suka makan :)

pizza diaorg buat yang kureng pedas...dan segala mak nenek sayur diaorg tak suka kecuali corn and sosej...yang mama punye buat hot & spicy lah :)

layan...jemput makan

RESEPI homemade pizza yang simple boleh CLIK DISINI


Sunday, April 11, 2010

Kimpap ala-ala sushi

Merasmikan beras yang dibeli semalam..try buat sket dulu al maklumlah dah lama tak menggulung kimpap ni takut tak jadi hehehhe..buat kimpap tuna aje..


Bagi yang nak belajar cara-cara nak mengulung kimpap

boleh CLIK SINI


Menu hari ni Ketam Masak Lemak dan ayam goreng celup tepung KFC..


RESEPI KETAM MASAK LEMAK - by mat gebu

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah* (saya kurangkan kepedasannya)
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup* (saya letak serbuk kunyit)
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus) xda
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada) x da
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka) x da

Cara-cara

1.Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

2.Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

3.Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.

Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit

4.Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.


Saturday, April 10, 2010

Dinner Seoul Garden Restaurant




Kimchi dan ulam-ulam yang lain

Budak-budak ni dah lapar main chopstick lak






Kedai Jepun jual barang-barang Jepun & kitchenware


Mula-mula ke area Oud Metha mencari beras jepun/korea untuk buat sushi/kimpap...lagipon budak-budak suka beras lembut ni..sejak kat Korea dulu memang makanan diaorglah hari nasi korea makan dengan seaweed...sebab kat sini tak tau kat mana nak cari kedai Korea..so Kedai Jepun okaylah...kedai Deans Fujiya berhampiran tamam dan golden fingers restaurant opposite Sunrise supermarket...masuk-masuk dalam kedai macam-macam ada....tapi biasalahkan barangan imported mahal..5kg beras 62dhs is quite expensive tapi anak-anak punye pasal beli jugaklah


Selepas itu ke Korean Restaurant dekat 2 tahun gak tekak ni tak merasa makanan Korea sejak balik for good dari Korea...so dah alang-alang ke area sini...cari kedai Korean

Seoul Garden Restaurant terletak di Zomorrodah Building satu baris dengan Al Hadi Entreprise (Kedai Pinggan Mangkuk & Cadar) opposite Matrade Building area Oud Metha jugak.

Alhamdulillah ada menu yang dicari...동태 ( dongtae ) Sup Ikan Pedas (Hot & Spicy Pollack Spicy Soup)..belek-belek menu...ternampak menu 생갈비구이 (saenggalbi-gui) Daging Rib Bakar..Grilled fresh short ribs...so tender and delicious. The best part is the mixture of sesame oil, salt and pepper to dip it in.


Mula-mula appertiser...waiter serve Kimchi (very famous in Korea jeruk kobis masam-masam pedas) dan the ulam2 semua tu..ada udang kering, sayur, radish kimchi, timun+celuptelur.... this is a complimentary...the best part...kalau abis boleh tambah lagi :)


Harga kat sini bolehlah ada murah ada yang mahal ikut menu lah.. macam Sup Ikan dalam tu ada 6 ketul ikan kalau tak silap dengan sayur + beberapa ketul tofu (tauhu) boleh share 4 orang makan banyak...walaupon harga dia for medium size 130dhs average macam 33dhs per person
Menu Daging Bakar ni dulu kat Korea tak boleh nak makan sebab tak halal..so kat Korea just makan yang ada ikan-ikan dan sayur-sayur je.

kalau kat Korea suka makan kat kedai ajumma belakang Hospital SoonChunYang memang kedai ni kedai ikan je daging semua tak da..so guarantee Halal.. kedai ni tak besar sangat...tapi yang best duduk bersila kat meja korea ajussi dan ajumma tu pon dah kenal sejak my hubby bujang then kahwin...masa pregnant hingga lahir budak-budak ni kerap makan kat kedai dia...(teringat our sweet memory at Seoul few years back in 2003-2008)



Kepada yang ingin mencubanya bolehlah ke

SEOUL GARDEN RESTAURANT
#8 Ground Floor Zomorrodah Bulding Zabeel Road
Dubai, United Arab Emirates
Tel : 9714 227 7876
Fax : 9714 334 6686
Mob : 97150 6580 360
97150 5353 056


Phulwani Dubai


kain prada


poster-poster artis-artis Malaysia di depan pintu kedai
Kalau sesiapa pergi Dubai memang tak sah kalau tak pergi kedai Phulwani ni..very the famous kedai by air crew...mostly Malaysian lah

Kedai Phulwani terletak dia area Naif...opposite Naif Police Station..if u want to go here better use a cab rather than a car..it's hard to find a parking here and also you will truck in a traffic jam

Depan kedai ni mesti ada tulis tulisan melayu "selamat datang" dan mesti ada gambar artist Malaysia Amy Mastura, Ziana Zain dan mcm2 lagilah depan tu dia letak poster..daya penarik :)

Mostly staff dia boleh cakap melayu dan very friendly...ada kain lace, kain linen, kain chiffon, kain cotton, washable silk, dry cleaning silk, baju suit, baju melayu...boleh tempah dengan tukang jahit babu...sepasang dalam 75dhs untuk baju melayu/baju kurung...kalau Malaysian yang tak dapat beraya kat Kg tu biasanya diaorg tempah kat sini lah baju melayu/baju kurung

Kedai ni boleh arrange Dessert Safari trip with reasonable price about 170dhs tapi semalam pi sana dah turun harga 140dhs je..experience jalan-jalan kat dessert naik 4wheel bagi yang suka adventure

Phulwani Trading Est.

Business Hours
Sunday – Thursday
9.30 am – 2 pm
4pm – 10 pm

Friday
3.00 pm – 10 pm
Contact HP 050 626 8453

Ibis Hotel



sesiapa nak datang Dubai bolehlah choose this hotel..bolehlah dikatakan murah kat sini..dekat dengan Mall Of Emirates (MOE) jalan kaki 5 minit je...also near to my house Al Barsha
Low Rate Hotel at 350dhs per nite..(on special occasion/offer sometimes you can get 300dhs including breakfast)


Ibis Mall of The Emirates is located on Sheikh Zayed Road, next to Mall of the Emirates & Ski Dubai. It is only a short drive away from Dubai Internet & Media Cities and 5 Metro Stations to the Financial Center.The entertainments areas of Palm Jumeirah, Burj Al Arab and Jumeirah Beach are located nearby the hotel. The hotel features 204 air-conditioned rooms, with Internet access, an Italian restaurant, a 24 hour coffee shop and a bar. The hotel offers the best value for money in the New Dubai.

2 A Street - 283825 - DUBAI - UNITED ARAB EMIRATES
Tel : (+971)4/3823000
Fax : (+971)4/3823001
Booking by phone : (+971)4/7028000
Hotel manager : Mrs Nicola HOCHGRUBER
Hotel code: 6493