Selamat Hari Polis ke 204 Buat Bonda 1st Batch Polis Wanita perkhidmatan PDRM Sarjan Hajjah Fatimah Abd Hamid SJN/w127 & arwah Abah Sarjan Hj Osman Bin Ngah Ismail SJN 30514 serta Bekas-Bekas Pesara Polis. Jasa dan pengorbananmu kepada negara tiada tolok bandingnya :)
Setiap tahun 25/3 adalah sambutan Hari Polis di Malaysia dan kebetulan jatuh pada hari lahir bondaku. Memang tarikh ini kami akan ingat selalu
Selamat Hari Lahir Bonda yang ke 74...semoga murah rezeki, panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik dan serta diRahmatiNYA & lindungiNYA amin...
Inilah gambar-gambar sewaktu mak menjadi anggota Polis Wanita. Mak merupakan batch Pertama Polis Wanita pada tahun 1960an. Bangga sangat dan salute dengan mak!
Pernah mak bercerita sewaktu kecil dahulu....semasa mak menjadi Polis macam-macam pandangan serong orang ramai terhadap anggota Polis Wanita di mana pada waktu tu tak ramai wanita yang menyertainya. Walau bagaimanapon mak tabah, kuat dan cekal terhadap kerjayanya sehinggalah beliau pencen sehingga kini...Beliau tetap tegas dengan anak-anak...malah kami pon terikut-ikut dengan watak atau pembawaan seorang Polis....kami adik beradik memang di ajar dengan disiplin, Tepati waktu dan macam-macam lagilah...
Sayangnya adik beradik kami tiada satu pon ikut jejak mak dan arwah abah untuk join anggota Polis hehehhe maybe sebab mak dan arwah abah selalu cakap kerja Polis ini bukan senang susah...Wallahuallam..Polis dahulu dengan Polis sekarang lain...Polis dahulu memang kerja bersungguh-sungguh berbakti pada Negara
Kami berbangga dengan mak, arwah abah jugak..kerana kedua-dua bekerja sebagai anggota Polis...semoga pengorbanan mereka di kenang...
2 comments:
fida, rupa hang sebijik copy rupa mak hang..
silap2..org ingat hang yg jadi polis tu.. hehehhe
net hahahaha
Post a Comment