MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, August 27, 2009

Iftar hari ke-5



26/8/2009

Iftar hari ini....ikan bakar portugis dan burger je....

semalam tak masak makan lauk rendang daging + ayam masak merah je..tak membazir makan apa yang ada habiskan dulu hehhehe

Monday, August 24, 2009

Iftar hari ke-3




24/8/2009

Iftar/Berbuka hari ke-3 baru masak sendiri...dua hari yang lepas makan berbuka lauk pauk yang di beli di Bazaar Ramadhan Dubai Jumaat lepas...ada yang beli ada yang di sedekah kan lebihan jualan oleh kekawan di gerai...so memang tak masak lah sayang tak makan membazir pulak..so habiskan apa yang ada dulu..

Menu hari ini untuk berbuka dan sahur

cara berlauk, rendang daging, ayam masak merah..

Sunday, August 23, 2009

kad ramadhan lagi dari eiyda, idah, ctzura

Kad Dari Eiyda Dubai

Kad dari Ct Zura

Kad dari Idah



Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem e-card dari kawan-kawan


Buat kekawan blogger dan pengunjung setia di blog fida ini silalah ambil kad ramadhan kareem buat anda semua.


Semoga ibadah puasa kita diberkati Allah...Insyallah



Terima kasih banyak-banyak pada kekawan blogger yang sudi bagi kad ramadhan..



Kad Dari Kak InaKL





Kad dari Pn Iena


Kad dari Kak Intan

Kad dari Kak Suzie Australia




Kad Dari NekPP Dubai





Kad dari Hana Jepun





Kad dari CtZura


Kad Dari Ct


Suasana Bazaar Ramadhan Di Dubai 2009

GERAI PARA PENIAGA

MY STALL - sempat bergambar dengan fairus dan anak2
(tokei cendol + popiah basah)



SEBAHAGIAN LAUK PAUK DAN JUADAH YANG DIJUAL SEMALAM DI GERAI KAWAN-KAWAN YANG LAIN


Suasana Pre-Ramadhan Bazaar...semalam belum lagi bermula ramadhan so kira macam food testinglah beli terus makan heheheheh..Alhamdulillah menu di gerai saya 'sold out' sesiapa yang di Dubai tu kalau nak makan homemade roti tu bolehlah start pre-order call/sms hp saya hehehheeh..kepada para pembeli yang sudi singgah dan membeli di gerai saya terima kasih di ucapkan...feedback di alu-alukan...kalau kurang sedap ke bagitau ya..kalau sedap tu Alhamdulillah dan sudi-sudikan lah 'promote' pada kekawan ya :)

Walaupon penat, letih, panas terik kat luar 42 darjah celcius sampai berpeluh-peluh macam mandi hehehe tapi seronok dapat merasa macam mana penat lelah menjadi seorang peniaga bazaar ramadhan..nasib ler seminggu sekali kalau tiap-tiap hari mahu tak bangun sahur tiap-tiap hari kepenatan hehehehhehe....pagi tadi pon saya tak bangun sahur penat semalam tak habis lagi heheheh


Tarikh/Hari : Setiap Jumaat :

21/08/2009

28/08/209

04/09/209,

11/09/09


Masa : 4- 6 ptg


Tempat : Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia

Villa 25, 19B Street

Al Barsha Dubai



Guidance images to Malaysian Consulate General's resident at Villa 25, 19b Street (off 14b Street), Al Barsha.
From Umm Suqeim Street heading to Al Khail Road take right at the traffic light into 316 Road.
Drive until to the next traffic light and take left going into 23rd Street.
Then take the first left which is the 8A Street.
Drive further until the third right and enter into 15b Street.
Immediately take first right and it is the 14b Street and drive along the semi completed road and a left curve (which will become Street 19b) until you see Villa 25 on your left.
Timing for the event is from 4pm till 6pm.
GPS coordinate is 25 06' 15" N 55 12' 40" E
Have a safe trip


From My stall :

roti kacang merah/Red Bean Bun - 15aed per pax=6pcs
roti sardin/Sardine Bun - 15aed per pax=6pcs
roti sambal ikan bilis/Spicy Ikan Bilis Bun - 15 aed per pax =6pcs

sosej roll – 5aed (1 pc)
marble cup cakes - 5aed (2 pcs)
mee bandung - 18aed per pax
[kuah mee bandung asli seafood udang + sotong]


From Mastura's Stall :

Nasi Dagang+Kari Ikan+Telur = AED15 /pax
Nasi Kerabu+Ikan Celup Tepung = AED 15 /pax
Nasi Kerabu+Ikan Celup Tepung+Daging Bakar = AED18 /pax
Solok Lada = AED10 /pack
Keropok Keping = AED5/pack



From Rynn & Putri's stall:

1. Mee Goreng Mamak
2. Bingka Ubi Kayu
3. Karipap
3. Cucur Badak




From Sulastri's stall:

1. Nasi Lemak + ayam bercili (beraroma daun pisang dan
pandan, ditambah dgnsambal & ikan bilis terbaik Malaysia)`- AED 15/set
2. Kari Kepala Ikan Baba's.
Harga termasuk : Nasi Putih + Sambal belacan - AED15/set
3. Ikan Bakar Berempah (adunan rempah bersama daun limau purut dan serai bersalut daun pisang dibakar bersama)Harga termasuk : Nasi Putih + Air Asam - AED 15/set.
4. Pajeri Nenas Resepi Papa - AED 8/pack




From Mr Huhuhu' s stall:

1.Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dengan Rebung.
2.Ayam Kari Golek.
3.Ikan Goreng Belah Perut Sambal.
4.Rendang Kambing.
5.Ketam Goreng Planta.
6.Ikan Masak Asam Pedas.
7.Taufu Bulat Goreng Kucai.
8.Ayam Masak Tomato.
9.Ikan Bakar Air Asam.
10.Kari Ayam Kurma.
11.Sambal Udang Petai.
12.Bubur Lambuk Santan.
13.Ulam Ulaman Sambal Belacan.
14.Air Bandung Lengkong.
15.Roti Ayam Cendawan.
16.Teloq Masin(BEKALAN BOLEH DIDAPATI SETIAP HARI)
17.Nasi Ayam Makwan.


From Mr Ximey's stall:
Ayam Percik Kelate


From fairus and fadzil's stall:
Popiah basah - dhs6.50
Cendol campur - dhs8.50
Mee Rojak - dhs9.50
...And ada beberapa jenis menu lagi drp stall kawan2 yg lain.


Wednesday, August 19, 2009

My 1st Bazaar Ramadhan Dubai

Pertama kali menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak di Dubai...dan turut serta memeriahkan Bazaar Ramadhan Dubai 2009 kali ini.

(info copy paste dari blog mas - thanks for sharing)

Tarikh/Hari : Setiap Jumaat :

21/08/2009

28/08/209

04/09/209,

11/09/09


Masa : 4- 6 ptg


Tempat : Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia

Villa 25, 19B Street

Al Barsha Dubai



Guidance images to Malaysian Consulate General's resident at Villa 25, 19b Street (off 14b Street), Al Barsha.
From Umm Suqeim Street heading to Al Khail Road take right at the traffic light into 316 Road.
Drive until to the next traffic light and take left going into 23rd Street.
Then take the first left which is the 8A Street.
Drive further until the third right and enter into 15b Street.
Immediately take first right and it is the 14b Street and drive along the semi completed road and a left curve (which will become Street 19b) until you see Villa 25 on your left.
Timing for the event is from 4pm till 6pm.
GPS coordinate is 25 06' 15" N 55 12' 40" E
Have a safe trip


From My stall :

roti kacang merah/Red Bean Bun - 15aed per pax=6pcs
roti sardin/Sardine Bun - 15aed per pax=6pcs
roti sambal ikan bilis/Spicy Ikan Bilis Bun - 15 aed per pax =6pcs

sosej roll – 5aed (1 pc)
marble cup cakes - 5aed (2 pcs)
mee bandung - 18aed per pax
[kuah mee bandung asli seafood udang + sotong]


From Mastura's Stall :

Nasi Dagang+Kari Ikan+Telur = AED15 /pax
Nasi Kerabu+Ikan Celup Tepung = AED 15 /pax
Nasi Kerabu+Ikan Celup Tepung+Daging Bakar = AED18 /pax
Solok Lada = AED10 /pack
Keropok Keping = AED5/pack



From Rynn & Putri's stall:

1. Mee Goreng Mamak
2. Bingka Ubi Kayu
3. Karipap
3. Cucur Badak




From Sulastri's stall:

1. Nasi Lemak + ayam bercili (beraroma daun pisang dan
pandan, ditambah dgnsambal & ikan bilis terbaik Malaysia)`- AED 15/set
2. Kari Kepala Ikan Baba's.
Harga termasuk : Nasi Putih + Sambal belacan - AED15/set
3. Ikan Bakar Berempah (adunan rempah bersama daun limau purut dan serai bersalut daun pisang dibakar bersama)Harga termasuk : Nasi Putih + Air Asam - AED 15/set.
4. Pajeri Nenas Resepi Papa - AED 8/pack




From Mr Huhuhu' s stall:

1.Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dengan Rebung.
2.Ayam Kari Golek.
3.Ikan Goreng Belah Perut Sambal.
4.Rendang Kambing.
5.Ketam Goreng Planta.
6.Ikan Masak Asam Pedas.
7.Taufu Bulat Goreng Kucai.
8.Ayam Masak Tomato.
9.Ikan Bakar Air Asam.
10.Kari Ayam Kurma.
11.Sambal Udang Petai.
12.Bubur Lambuk Santan.
13.Ulam Ulaman Sambal Belacan.
14.Air Bandung Lengkong.
15.Roti Ayam Cendawan.
16.Teloq Masin(BEKALAN BOLEH DIDAPATI SETIAP HARI)
17.Nasi Ayam Makwan.


From Mr Ximey's stall:
Ayam Percik Kelate


From fairus and fadzil's stall:
Popiah basah - dhs6.50
Cendol campur - dhs8.50
Mee Rojak - dhs9.50
...And ada beberapa jenis menu lagi drp stall kawan2 yg lain.


Tuesday, August 18, 2009

H1N1

Nak Share Info pasal wabak yang semakin menular kat negara kita Malaysia..dan untuk dijadikan panduan untuk kekawan di Dubai dan di mana jua anda berada

Setakat hari ini 18/8/2009
H1N1 Di Dubai
120 = Kes
0 = Kematian


H1N1
Sumber ini diperolehi dari Forum WMDC, yang di postkan oleh salah seorang forumer. (saya copy & paste dari blog kak edaice) - Thanks for sharing


Apa itu H1N1?


viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.


jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


apa yg perlu tahu

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .


virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi


Siapa yang berisiko:-
1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas



Simptom2
day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above = lung collapse @ koma


Langkah2 kawalan
1. golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)


2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.


3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.


4. jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).

5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).


6. utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.


7. jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.


8. jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.


9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.


10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.


11. utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia
di pan pasific klia pada 01.08.2009.




Award dari Kak Fae dan Pn Iena





Award ini dari kak Fae nun di Jepu dan Pn Iena di KL...Terima kasih banyak2...semoga persahabatan kita di alam maya berkekalan...dan di kesempatan ini juga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger dan kepada follower yang sudi follow my blog dan kepada pengunjung yang sudi sign my guestbook :)


menu yang lepas2


Minta maaf le kekawan dah lama tak berblogging...dan tak sempat nak menjejakkan kaki ke blog kekawan...nak citer saya postpone pulang bercuti ke Malaysia...Insyallah time Raya kot saya balik bercuti.. harap-harap kes H1N1 di Malaysia dapat di tangani dengan segera supaya wabak ini tidak merebak...setakat ini kes di Dubai cuma 120 kes dan masih belum ada kematian lagi..

Ini lah nenu yang lepas-lepas tak ingat bila..



Kek Kukus Coklat Zaima lagi



Buat Kek Kukus Coklat Zaima lagi.....
RESEPI KLIK SINI



Saturday, August 8, 2009

Cream Puff



8/8/2009


Minum petang hari ni 1st time buat cream puff tapi tak berapa cun naik sangat..mula2 elok dia naik pastu tetiba dia turun tak kembang gebu elok..takpelah next time buat lagi..memang adalah tu yang saya buat tak kena..walaubagaimanapon...sedaplah bila di makan..anak-anak pon suka..saya cilok resepi kat blog eiyda..terima kasih ya..


RESEPI CREAM PUFF by Bro Rozzan

copy paste dari blog eiyda


Bahan-bahan:

170 gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

115 gm mentega

285 ml air

5 biji telur



Cara:

Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.



Krim Kastad

3 biji telur

115 gm gula

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil tepung kastad

225 ml susu cair (sejat)

225 ml air (didihkan bersama susu sejat)

2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu kecil mentega

1 sudu kecil esen vanilla



Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.


Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

menu semalam dan hari ni

Menu semalam Daging Masak Kicap, Kerabu Perut...
so hari ni masak rendang daging sket.

Monday, August 3, 2009

my 1st carrot cake



2/8/2009

Semalam saje tak buat apa nak try buat carrot cake ni.. sebab ada nak habiskan stok sayur karrot kat rumah....1st time buat nasiblah menjadi...lepas bakar tu keluarkan kek tu bau sedapnya aromanya...cuma saya tak pandai sangat deco kek ni masih kerastangan lagi...dan sila abaikan comot2 tepi2 kek tu ya..tapi bolehlah nak makan memang sedap lah nasib my son minta cakap mama nak kek lagi...(dia memang hantu carrot so apa2 ada carrot dia mesti suka)

RESEPI Carrot Cake

MyResepi - ishikawa - Terima Kasih


Bahan-bahan ( 9 inch )
Bahagian Kek

1 1/4 cup minyak jagung (kalau darurat, minyak masak pon boleh)
4 biji telur gred B
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
250 gm tepung high protein/tepung kek (tepung gandum pon ok)
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pon boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)



Cream Cheese Frosting
120gm gula icing
250gm cream cheese
120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)



Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
kemudian, masukkah bhn2 kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
2. akhir sekali, masukkan carrot, raisins, walnut. gaul sebati.
3. masukkan dalam loyang 9 inci yang telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Guna lidi untuk pastikan dalam kek masak.bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

Tips :
Bila dah masak, cucuk dengan lidi betui2,kadang2 bila cucuk tak melekat tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betui, kena betul licin lidi tu baru masak.


cream cheese frosting
1. masukkan cream cheese, gula icing yanag telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP) guna blender pon ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
2. utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila betul2 nak makan baru bring out.
happy baking! ^__*


utk buat carrot atas kek tu guna pewarna oren + hijau
* kalau x da warna oren (campur pewarna merah + kuning jadilah kaler oren)
* kalau x da warna hijau (campuran pewarna biru + kuning jadilah kaler hijau)

Saturday, August 1, 2009

Ayam Goreng Berempah & Mee Bandung


Lama betul tak update blog ni...busy sketlah sebab nak balik Msia sekejap bercuti tak lama lagi...so asyik keje menyoping ajelah beli souvenior dan macam-macam aktiviti hujung minggu...so masak yang simple-simple ajelah dan kadang-kadang order KFC/Mc D aje dah shopping penat dan malas nak masak hehehhehe...Ini adalah menu beberapa hari yang lepas...lupa dah bila

RESEPI Ayam Goreng Berempah

copy paste blog kak ina KL - Terima Kasih

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir) dan dipotong 12
1/2 sudu teh jintan putih*)
1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
1 sudu teh ketumbar* )
2 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3 batang serai*
· 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
2 tangkai daun kari
sedikit gula (pilihan)
Minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *

2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.

3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.

4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.

5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.

(nanti dah sejuk kurang sedap)