MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, August 8, 2009

Cream Puff



8/8/2009


Minum petang hari ni 1st time buat cream puff tapi tak berapa cun naik sangat..mula2 elok dia naik pastu tetiba dia turun tak kembang gebu elok..takpelah next time buat lagi..memang adalah tu yang saya buat tak kena..walaubagaimanapon...sedaplah bila di makan..anak-anak pon suka..saya cilok resepi kat blog eiyda..terima kasih ya..


RESEPI CREAM PUFF by Bro Rozzan

copy paste dari blog eiyda


Bahan-bahan:

170 gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

115 gm mentega

285 ml air

5 biji telur



Cara:

Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.



Krim Kastad

3 biji telur

115 gm gula

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil tepung kastad

225 ml susu cair (sejat)

225 ml air (didihkan bersama susu sejat)

2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu kecil mentega

1 sudu kecil esen vanilla



Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.


Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

5 comments:

Deliah's Deli said...

thanks for the recipe :)

pn-iena said...

yum yum yumm...sedappnya cream puff ni... yummy =)

geraugebang said...

kak gerau suka, suka sangat ngan cream puff. lebih suka daripada power puff girl he he he.

MamaFaMi said...

Lama dah tak buat cream puff ni. Mama suka inti kastad oren... yummmm

diena said...

sedapnyer cream puff :-)