MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Friday, January 2, 2009

Sukaneka Rakyat - Murshif Park










1 Januari 2009


Semalam join Sukaneka Rakyat yang dianjurkan oleh MYUAE Group yang bertempat di Murshif Park, area Mirdif. Ramai jugak yang hadir dengan berpakaian serba hitam seperti disarankan oleh President Kelab MYUAE Pro sebagai tanda sokongan terhadap rakyat negara Palestine yang sedang menderita saat ini akibat kekejaman dan kekerasan oleh Israel yang tidak berperikemanusiaan. Kutipan tabung kilat juga diadakan disana..masing-masing turut menderma seikhlas hati bagi meringankan bebanan rakyat Palestine


Perjalananan ke Murshrif Park dari Oud Metha lebih kurang 30 minit naik teksi lah sbb transport tak da lagi...tambang 38AED + 10AED kenderaan yang melalui park
Sampai-sampai dah ramai kat sana..salah seorangnya sheila dan Tini...kawan blogger tak sangka jumpa jugak akhirnya in reality
Kawasan sekitar Murshrif Park agak luas ada padang rumput dan pokok-pokok kurang panas...kalau tidak pemandangan padang pasir lah kebanyakkan taman-taman di sini kurang kehijauan

Dapat berkenalan dengan kawan baru Kak Tini, Kak Shidah, Nor, Mar, Aida..Alhamdulillah bertambah kawan di Dubai ini
Selesai sukaneka kami beramai-ramai mengambil gambar group photo bersama-sama Consulate General yang turut sama memeriahkan majlis
Alhamdulillah masa nak balik ada kawan saudara Zafrul yang sudi menumpangkan kami sekeluarga pulang...siap bawa pergi jalan-jalan lagi sekitar Deira

2 comments:

QiStinA's said...

salam fida... ooo...sila gi yek sukaneka tu...kmoi tak berkesempatan... mcm meriah je yek.. maybe next time...

FiDa@aMiDa said...

salam kak moi

aah shiela pergi sukaneka tu itu yg tak sangka jumpa dia kat sana :)next time boleh join sama bertambah meriah