MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, January 1, 2011

Firework 2011 Burj Khalifa






31/1/2010
Pada mulanya nak pergi awal ke Dubai Mall nak tengok firework kat Burj Khalifa tapi tanpa menghampakan jemputan sorang kawan yang ingin balik for goods....pergi dululah rumah dia makan-makan...then baru ke sana. Dalam newspaper bagitau jalan Syed Zahed Road akan di tutup pada pukul 11 mlm...so kitaorg keluar menuju ke sana dalam pukul 9mlm rasa mcm sempat...tengok-tengok stuck in the traffic jam huhuhu pukul 10 mlm dah tutup jalan...nasib baik lah kitaorg jump Q so org-org kat belakang tu punyalah setia menunggu Q

Malam tu punye lah ramai umat manusia semua nak menuju ke sana..keluar dari ceruk mana pon tak tau, dan ada yang berani nak cross the road Syed Zahed Rd tu apa ke jadahnya tak sayang nyawa ke...6 lines beb...mati katak karang melintang jejantas kan ada

Patah balik tengok firework Burj Khalifa di Jumeirah Rd the opposite jadilah dari tak dapat tengok lansung kan...

Begitulah al kisahnya sambutan New Year kali ni

Wednesday, December 29, 2010

Triffles














Lama tak buat triffles untuk budak-budak...ada rajin sket hari ni :)

Easy-peasy punya pudding !

RESEPI TRIFFLES


Bahan :

1 gulung swiss roll [saya guna readymade marble paun cake]
1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
1 kotak agar-agar Nona (ikut suka perasa apa) [saya guna 1 paket agar-agar biasa jalur halus]
+ 2 cawan air1 tin susu cair Ideal + 1 tin air (guna tin susu Ideal) + 5 sudu besar tepung custard + 4 sudu gula (ikut suka - suka manis, letak lebih, tak suka, kurangkan)

Cara :

1. Potong swiss roll dan atur dalam mangkuk. Tapiskan buah dalam tin, buah di simpan dan airnya di renjiskan pada kek.

2. Masukkan susu, tepung kastad yg dicampur dengan 1 tin air dalam periuk, jerang dan kacau sentiasa hingga masak

3. Tuangkan bancuhan tepung kastad yang sudah masak pada kek

4. Didihkan 2 cawan air, mendidih, masukkan agar-agar. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan pada kek dan taburkan fruit cocktail

5. Siap ! Sedap dimakan selepas disejukkan semalaman


Monday, December 27, 2010

Sosej Roll




gmbr ni courtesy from blog kak hanieliza - tq





RESEPI SOSEJ ROLL by kak hanieliza

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien
30 gm susu tepung...
70 gm gula1 peket yis (11 grm)
1 sudu kecil pelembut roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air
80 grm butter

Bahan C :
Sosej
Kuning telur
Butter Cheese slice - optional
Dry parlsey-optional
[saya tabur biji bijan]



CARA MEMASAK :
-Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata.
-Masukkan air dan digaul rata dan sebati semua bahan-bahan ini dan kemudian masukkan butter pula dan gaul dan uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada 60 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
-Ambil setiap adunan tapi dan gelekkan sehingga menjadi panjang macam keropok lekor dan lilitkan pada sekeliling sosej.
-Perap sehingga roti naik sekali ganda saiznya. Sapukan kuning telur diatas bun dan letakkan cheese slice serta sedikit serbu parsley atau bii bijan
-Bakar dalam suhu 180' celcius atau sehingga kuning keemasan.
- Keluarkan dan sapukans edikit butter diatas roti ni supaya berkilat dan menarik.

Saturday, December 25, 2010

Dinner at Saffron


steamboat







25/12/2010


Dinner at Saffron di Atlantis sempena Cuti Christmas...baru nak update gambar kat blog
Puas hati sedap dan berbaloi makan mostly makanan Asia dan chef kat sini mostly Malaysian

Friday, December 24, 2010

Umi sushi





Umi Sushi

Entry bulan 9/9/2010 backdated punye cerita

Jalan-jalan cari makan Japanese Foods....umi sushi near Dubai Marina.
Overall rasanya better makan kat Sushi Bento lagi sedap