MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, March 21, 2010

Happy's Mother Day


Surprise!


AFTER
BEFORE


21/3/2010

Balik-balik dari sekolah...my daughter cakap
"SuRpRiSeD!!!! Happy Mother's Day"
tak sangka lak hari ni ke Hari Ibu?

Patutlah hari tu terpandang kat depan corridor kelas...ada pasu-pasu berderet tanam biji benih setiap pasu ada nama masing-masing...siap my daughter cakap...."teacher help me to plan seed, put water on it and put near the sunshine" ingat kan saje-saje diaorang tanam for sains project..


Rupanya ini lah surprise nye....

Di kesempatan ini jugak saya ingin ucapkan kepada mak saya yang kini berada di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Hajjah Fatimah Abd Hamid "SELAMAT HARI IBU" you're my wonderful mom in the world~ tak lupa jugak ucapan yang sama kepada Hajjah Napseah Ibu Mertuaku di Kapar, Klang, Selangor

Dan juga kepada follower serta rakan-rakan blogger yang bergelar ibu tak kira di mana anda berada...sudi-sudikanlah ambil e card Mother's Day ni ya.."Happy Mother's Day 2u2"

Budak baru baik demam..kemaruk makan sushi bento

Berselera betul diaorg makan!

mama dan papa diaorg pon lama tak makan sushi ni :)




Menu yang we all orderered
tuna lovers bento, unagi lovers bento, tempua bento

outside seating place



20/3/2010


Dah 2 hari my hero demam so last Friday tak berniaga kat bazaar anak tak sihat..so semalam bawa jugak pergi jumpa doktor takutlah nanti berlarutan pulak..sebab dia demam + selesema sekali...Alhamdulillah doktor kata 'nothing serius'

Balik tu singgah makan kat Restaurant SUMO...Japanese food...ala-ala makanan Korea jugak...tak sangka pulak my son & daughter berkali-kali tambah makan nasi...selera betul diaorg makan..seronok tengok..yang sorang tu baru baik demam...bertambah2 lagi selera makan dia...emm mentang-mentanglah masa kecil-kecil dulu kat Korea memang bagi beras ni bagi diaorg makan..tak da lauk pon takpe..just nasi + seaweed....so lepas ni mama dia kena pi cari beras japanese/korean ni...bagi diaorg makan..agaknya basmathi sini diaorg tak berapa nak makan kot hehehe sebab kurang kanji macam beras special ni :)


Restaurant Sumo ini berdekatan dengan Dubai Media City...behind my asben punye office..Business Tower yang ada building yang ada crown berkembar di jalan Syed Zayed Road..not bad jugak taste and very reasonable price.
Saje makan kat luar berangin dan redup pulak hari tu...so we enjoyed it!


For more REVIEW about SUMO boleh tengok kat blog syiqim




Friday, March 19, 2010

My Karipap Pusing Project







18/3/2010



MY KARIPAP PROJECT step by step in the making of homemade karipap pusing (sardine filling) by amida

RESEPI KARIPAP PUSING - DEWI

Ok ni resepi dari Dewi siap hafal dah. Memang ingat sampai bila2 ni, terima kasih Dewi (hehe ada ke tuannya kat sini )

Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira-kira 60 biji karipap

Utk doh berminyak :
150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)



Cara :
Sila lihat step by step. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

Step 1 (gmbr 4) : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung
uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak.
Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat.
Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : (gmbr 5,6,7) Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar

Step 4 : (gmbr 8,9,10) Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu.
Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai.
Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar

Step 5 : (gmbr 12,13) Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih, biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar.

Step 6 : (gmbr 14) Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 ni sdg eloklah utk anak2 makan

Step 7 : (gmbr 15, 16) canaikan semula dan letakkan filling sardin dan kelim karipap mcm biasa

Step 8 : (gmbr 17,18) setelah selesai semua..panaskan minyak terlebih dahulu dengan api yg sederhana...goreng seperti biasa

Step 9 : (gmbr 19,20)
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.
Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak.

Jd kepada kawan2 selamat mencuba! saya berani jamin tak menyesal bila ikut step by step.

selamat mencuba!

Thursday, March 18, 2010

Homemade Kaya Ball dgn acuan takoyaki






17/3/2010


Petang tadi merasmikan acuan takoyaki yang di beli dekat kedai Daiso....

Mula-mula ingat nak buat takoyaki tapi bahan-bahan ada yang tak cukup...punyelah teruja nak rasmikan acuan baru ni...memandangkan ada lebihan inti kaya pandan yang telah di buat tempoh hari..godek punye godek..terjumpa resepi kaya ball..apa lagi terus buat


Alhamdulillah menjadi anak-anak pon suka...tapi acuan ni comel2..ada 9 lubang so jenuh lah berdiri kat dapur tu heheheh dekat sejam lebih jugak lah dapat lebih kurang 70 biji size comel2... hehehhe buat cepat-cepat...terus angkat letak dalam piring...bila toleh aje kat belakang aikkk dah kosong pinggan tu bertuah punye anak hehehhehe kita tak rasmi makan lagi dia dah bedal dulu hehehhe


Kualiti gambar kureng menarik sebab guna hp aje...al maklumlah wayar usb camera masih tak jumpa-jumpa lagi ni huhuhu mati kutu dibuatnya...emmm apa pendapat kawan-kawan..nak beli usb kad reader ker? berbaloi ker kalau beli..takut beli nanti tak boleh pakai salah size dan sebagainya?


RESEPI KAYA BALL (60-70 size comel2)

Bahan-Bahan
250 gm tepung gandum (tepung di ayak terlebih dahulu)
125 mentega cair
75 gula castor
4 biji telur
200ml susu segar
½ camca teh vanilla
1 camt serbuk penaik
Secubit garam



Cara :

1. telur + gula - pukul sampai kembang berbuih
2. tepung+baking powder, garam + vanilla + susu (selang seli tepung + susu)
3. Last sekali masukkan mentega cair
4. Kacau sebati...tuang dlm bekas teko
5. Tuang separuh letak inti kaya..
6. Tuangkan ¾ adunan…tutup
7. Biarkan seketika sehingga masak
8.Alihkan2
9. Sedia utk di makan panas2

selamat mencuba!

Wednesday, March 17, 2010

Gali-Gali Contest


Wah rajin pulak hari ini nak join contest....
takpelah kan cuba nasib mana tau ada yang kena tak rugi pon hehehhee :)
MeNarIKKK tertarikKKKK DeBOmmmmmmm...zooMMMM zOOMMMM
aLLLAA kaZZaMMMM nak try test jugak cuba nasib heheheh mana tau bertuah badan..Insyallah walaupon agak2 terlewat nak join jugak tak kira :)


Contest Gali-Gali ini dianjurkan oleh Cikmin untuk blog kasehabadi


Kasehabadi.blogspot.com kini menganjurkan contest yang diberi nama Gali-Gali Contest. Anda cuma perlu baca dan tinggalkan komen disetiap entry baru.kalau tiada entry baru..makanya anda perlu la gali menggali entry-entry yang lama. Tak perlu jadi follower kalau jadi pun bagus jugak tak perlu sticky kan entry,cuma buat entry menggunakan tajuk Gali-Gali Contest dan lekatkan banner diatas beserta backlink contest ini disidebar blog anda bertujuan untuk promosi. Senang kan? mari kita lihat syarat-syarat penyertaan:-



1.Terbuka kepada semua blogger lelaki/perempuan.
[ of course lah saya ni perempuan :) ]

2.Mestilah mempunyai blog sendiri dan blog mestilah melebihi usia 1minggu.
[ dah setahun lebih blog ni ]

3.Setiap Komen mestilah tidak kurang dari 30 patah perkataan.
[ ok coming soon...i will ]

4.Hanya 1 komen pada setiap Entry(pada yg pernah komen di entry sebelum ni,masih boleh komen kali ke-2)
[ yeap jap lagi buat ]

5.Contest ini bermula dari 03/03/10 dan berakhir pada 31/03/10 pukul 11.59pm.
[ nak join gak tak kira walaupon entry dekat-dekat last minute boleh lagi kan kan CikMin?? ]

:: Contest : You & Me - Love Forever ::




Dalam aktiviti ku yang buzy teringin jugak nak join contest ni, saje suka-suka memeriahkan lagi suasana contest hehehhehe mana lah tau "Lucky to win"


Contest ini di anjurkan seorang sahabat saya CT di forum KMC jugak aktif di blog


ct akan menyambut anniversary tidak lama lagi
ct & papa yang ke-5
~ semoga berbahagia dan bertambah kasih sayang berdua sehingga ke akhir hayat


Alhamdulillah Anniversary kami yang ke-7 pon tak lama lagi bulan 6.. few months to go :)





SCROW DOWN >>>>>>








>>>>>>>>>


>>>>>>>>>>>>>>






!
!
!
!
!
!
!




Pilih punye pilih inilah gambar yang ingin di pertarungkan




>>>>>>>>>>>>>>>>




jeng- jeng...




!
!
!
!
!
!
!
!
!
!



Gambar kenangan manis ini di ambil semasa kami berbulan madu di Korea Selatan 2003 di musim spiring/bunga (Nami Island & Everland Park, Seoul) & dan gambar semasa Raya di Malaysia 2008
ada gaya ala2 ujin heroin winter sonata tak? perasan hehehhehe
cuba bandingkan muka 2003 dan 2008 wow manyak tembam :)

Tuesday, March 16, 2010

Onde-onde buah melaka & homemade pandan kaya



onde-onde buah melaka yang sudah masak ditoskan sebelum di gaulkan dengan parutan kelapa

doh adunan yang siap untuk digentel

my homemade pandan kaya untuk buat bun kaya

15-03-2010


Gambar-gambar blur sket al maklumkan guna camera hp je...wayar usb camera sampai ke hari ni masih tercari-cari mana hilangnya :(
1st time buat onde-onde buah melaka ni..selalu tau makan aje...mula-mula cuak gak ingat tak jadi sebab adunan tu lembik asyik dok adjust tepung aje hehehehe Alhamdulillah menjadi jugak walaupon ada kecil besar saiznya...sehari sebelumnya buat pandan kaya...stok kaya dari Malaya dah abis so kenalah buat sendiri hehehhe nasib baik menjadi.

RESEPI ONDE ONDE BUAH MELAKA - Kak Hanieliza

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
• 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
• 2 ketul gula melaka
• 2 cawan tepung pulut
• 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja (saya guna kelapa kering)
• secubit garam- digaulkan bersama


Cara-cara
1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)

2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.

3. Masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.

4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sebelum di gaul dengan kelapa



RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA


Bahan-bahan:
3 biji telur
300gm gula kaster
200ml santan
100ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau - jika suka



cara:
1. pukul telur dan gula sehingga sebati dengan menggunakan whisker
pastikan gula hancur dan adunan pekat


2 kemudian masukkan jus pandan, pewarna hijau dan santan
gaulkan rata tapiskan ke dalam periuk non-stick


3. masak dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat
pastikan ianya sentiasa dikacau selalu
kepekatan yang dikehendaki ialah apabila diangkat kaya tidak mudah jatuh


4. setelah siap tutupkan api dan sejukkan
source: puan norzailina nordin