


Lama tak buat triffles untuk budak-budak...ada rajin sket hari ni :)
Easy-peasy punya pudding !
RESEPI TRIFFLES
Bahan :
1 gulung swiss roll [saya guna readymade marble paun cake]
1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)
1 kotak agar-agar Nona (ikut suka perasa apa) [saya guna 1 paket agar-agar biasa jalur halus]
+ 2 cawan air1 tin susu cair Ideal + 1 tin air (guna tin susu Ideal) + 5 sudu besar tepung custard + 4 sudu gula (ikut suka - suka manis, letak lebih, tak suka, kurangkan)
Cara :
1. Potong swiss roll dan atur dalam mangkuk. Tapiskan buah dalam tin, buah di simpan dan airnya di renjiskan pada kek.
2. Masukkan susu, tepung kastad yg dicampur dengan 1 tin air dalam periuk, jerang dan kacau sentiasa hingga masak
3. Tuangkan bancuhan tepung kastad yang sudah masak pada kek
4. Didihkan 2 cawan air, mendidih, masukkan agar-agar. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan pada kek dan taburkan fruit cocktail
5. Siap ! Sedap dimakan selepas disejukkan semalaman