
Followers
My Blog Awards 2008/2009
Saturday, April 25, 2009
Thursday, April 23, 2009
Spagetti bolognise

Spagetti Bolognise
Masak spagetti je...
Spagetti rebus mcm biasalah...biarkan mendidih letak satu sudu besar minyak masak + garam sedikit...rebus sampai kembang angkat toskan.
kali ini guna instant sos prego tu je cuma tambah potong dadu bawang, potong cendawan dalam tin, minced beef, tambah sket serbuk kari satu sudu besar, garam + gula secukup rasa
Wednesday, April 22, 2009
donut homemade

22nd April 2009
Hari ni terlebih rajin....saje nak cuba buat donut sebabnya bila lalu je MOE ada kedai donut krispy cream mesti my daughter ckp mama I want donut pink..per pc donut kat sini hege 5aed...kalau di dunkin donut 4aed per pc
So kalau buat sendiri lebih jimat betul tak? Inilah hasilnya first time buat donut..jangan gelak sudah ler size dia ada kecil ada besar hehehehe tak da acuan donut guna tutup botol je hehehhe sib baik menjadi
TARAaaaaaaaaaaaaa
sama tak mcm kat kedai donut tu?
Letak topping chocolate je...cari kat kedai tak jumpa lak toping kaler pink..
next time bolehlah decorate topping atas letak kacang, badam, chocolate rice.
Satu adunan - menghasilkan 18 biji donut yg sederhana besar
Resepi ni telah saya adjust dari resepi-resepi yang ada di internet
DONUT Resepi Amida
Bahan-bahan
Tepung gandum (250 gm)
yeast 2 bungkus mauripan (22gm)
gula (40gm)
garam (1 sudu teh)
telur sebiji
butter (30 gm)
susu Full Cream (125ml) (susu jangan sejuk..nanti yis x naik susu suhu bilik)
Cara-caranya :-
- Tepung, butter bancuh sekali..gaul-gaul lepas tu letak telur gaul sket. Yeast n gula bancuh bagi hancur dlm susu, Biar 1 - 2 minit naik sket bubuh garam. Lepas tu masukan dlm tepung..uli. Jika lembik tambah tepung sedikit.
- Uli bagi sebati tak sampai 5 minit. Biarkan doh 30 minit bagi naik. Lepas tu canai tebal sket..1/4 inci, terap bulat. Lepas tunggu biarkan doh tu naik lagi 20 to 30 minit
- Panaskan minyak dalam kuali…Minyak biar banyak dan panas baru masukkan donut goreng sehingga kekuningan atau garing. Angkat
- Biarkan donut sejuk, lepas tu kalau nak letak topping ikut suka (toping chocolate)
- Kalau buat banyak nak frozenkan goreng separuh masak pastu masukkan ke dalam plastik frozenkan
Toping Chocolate :-
1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2. coklat masakan + butter sedikit + gaul
Topping Gula icing
1. Gaulkan donut yang telah di goreng dalam gula icing
Note: Adunan Doh ikut kualiti dan jenis tepung gandum (kalau lembik tambah sedikit tepung)
Monday, April 20, 2009
Friendship award fm Fizan
So kekawan yang singgah blog ni sila ambil blog anda ni ya...dan paste kat blog memasing
Monday, April 6, 2009
shopping shopping
BACKDATED
Gambar ni dah lama amik...so terperap kat camera...
Gambar troller shopping yang ada kereta mainan tu kat Lulu Hypermarket Al -Barsha...budak-budak suka datang sini naik kereta...gambar last tu kat car park Mall of Emirates..
saje jer cuci mata gambar-gambar balik dari shopping MOE, Lulu Hypermarket beli barang-barang grocery..
Dubai Mall
BACKDATED
14 March 2009
Jalan-jalan di Dubai Mall tengok Dubai Acquarium & Underwater Zoo.
Gambar kat luar Dubai Mall tu berlatar belakang Menara yang tertinggi di Dunia....Burj Dubai yang masih lagi underconstruction.
Masa nak balik Dubai Mall...tak jumpa parking area...memusinglah cari..besar dan luas sangat hehehehhehe
Subscribe to:
Posts (Atom)

