MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, January 31, 2010

Ikan goreng berlada Kak Hanieliza dan menu-menu yang lain





Resepi ni semua ambil dari buku yang saya borong masa balik cuti kat Malaysia hari tu...cuma tunggu masa je nak khatam buku-buku masakan kak hanieliza hehehehhe itupon tengok mood jugak hehehhe

RESEPI Ikan Berlada Kak Hanieliza

Bahan A
2 ekor ikan selar (saya guna ikan kembong)
1 labu bawang bersar (dipotong gelang)
5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
garam secukup rasa
kunyit serbuk
minyak bagi menggoreng

Bahan B (Dikisar)
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara membuat
1. Ikan dibersihkan. Kemudian lumurkan garam dan kunyit.
2. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan
3. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dikisar hingga garing
4. Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata
5. Tutup api dan tuangkan jus limau. Kemudian kacau lagi
6. Angkat dan tuangkan di atas ikan
7. Sedia dihidangkan



RESEPI Masak Lemak Labu Kak Hanieliza

Bahan-Bahan
500gm labu kuning (dibuang biji dan dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
1 cawan air
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
2 sudu besar udang kering (saya ganti udang basah)
garam secukupnya

Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu masak.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan daun kunyit
3. Masakkan hingga mendidih sekali lagi
4. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan


RESEPI Kangkung Goreng Belacan Hanieliza

Bahan A
500gm kangkung
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
2 tangkai cili merah (saya goreng kurang pedas)
10 tangkai cili api
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara Membuat
1. Kangkung di potong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi
3. Masukkan kangkung. Kacau rata dan rasakan garamnya
4. Hidangkan bersama nasi putih



Saturday, January 30, 2010

4 in 1 celebration cake & cupcakes






29 January 2010

Order from my friend Ajue 4 in 1 combination theme cakes and cupcakes for her, her daughter 2nd birthday and her husband with Golf theme for her husband, Pooh & Princess for her daughter, handbag & Accesories for her.

She ordered sponge chocolate cake 9 inch squre (2kg) and for cupcakes she ordered vanilla + chocolate flavour also requested to use pink & blue colours


It was a tough job to make the combination decoration cakes as well as cupcakes using the fondant...However Alhamdulillah I managed to do it.

Thanks for your support..hope you like the decoration as well as the taste of the cake
Please visit another website of mine...

Rendang Campur Kak Hanieliza & menu lepas

Rendang Campur Kak Hanieza











Banyak menu yang lepas-lepas tapi lupa nak upload bz sket hehehe...daging rendang campur tu ambil dari buku kak hanieliza...sedap tau...



RESEPI RENDANG CAMPUR - Kak Hanieliza

Bahan A
400gm daging
200 limpa (saya x letak)
200gm hati
2000 gm paru
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam ajwa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun kunyit (dimayang halus) ataupun
daun limau purut (dikoyak)

Bahan B (Dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
15 tangkai cili kering
15 biji cili api (sekiranya suka)
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya :-
1. Daging, limpa, paru dan hati dipotong kecil. Basuh & toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi
3. Masukkan daging dan daun kunyit
4. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Masakkan hingga semua bahan lembut
5. Apabila sudah naik minyak dan pekat boleh diangkat dan hidangkan



RESEPI Kari Ikan Kak Hanieliza

Bahan A
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri (dibersihkan) saya guna ikan talapia)
5 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji terung bulat (dipotong 4) x letak
3 biji cili huau (dibuang tangkai) x letak
2 biji tomato (dipotong 4) x letak
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
minyak masak
garam secukup rasa


Bahan B (Dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk ataupun dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk ataupun dihiris)
1 inci halia (ditumbuk ataupun dihiris)
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi
2. Kemudian masukkan tempah kari yang dibancuh hingga peah minyak
3. Masukkan air asam jawa tadi. Biarkan mendidih
4. Masukkan ikan dan terung. Tambahkan sedikit air supaya satnan tidak berapa pekat
5. Kecilkan api dan biarkan hingga mendidih dan naik minyak
6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam. Biarkan naik minyak sedikit lagi, kemudian tutupkan api
7. Hidangkan dengan nasi putih, nasi kukus, roti biasa ataupun roti canai

Friday, January 22, 2010

Thomas & Friends Carrot Cake Cream Cheese Frosting & Cupcakes





22/1/2010


Alhamdulillah dapat menyiapkan carrot cake cream cheese frosting + chocolate moist cupcakes with Thomas & Friends Theme...thanks syiqim for your support..Happy 1st Birthday KAHFI....hope you like the cakes :)





Thursday, January 21, 2010

Al Fatihah


21/1/2010

Marilah kita sama-sama sedekah Al FATIHAH buat akiem (17thn) yang terlibat dengan kemalangan jalan raya semalam...arwah telah meninggal pukul 11 lebih pagi tadi akibat penderahan teruk di kepala dan kaki selepas bertembung dengan kereta semasa beliau nak menyeberang jalan menaiki motosikal petang semalam berdekatan dengan Tesco Setia Alam.


Akiem anak kedua kepada abg Jamal & Kak Ita di Bukit Kapar, Klang, Selangor...yang masih menunggu keputusan SPM... Semoga berlaku sekelip mata...Semoga abg Jamal & Kak Ita tabah menghadapi dugaanNYA.

Minta maaf kami tidak dapat nak balik..semoga urusan pengebumian berjalan dengan lancar..Insyallah

Hari ini jugak genap 100 hari pemergian arwah abah saya yang tercinta Hj Osman b Ngah Ismail yang meninggal 15-10-2009 yang lepas. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminnn

Tak lupa jugak Salam Takziah jugak kami pada kak CT Delima yang turut kehilangan ayahnya tercinta baru-baru ini...


Tuesday, January 19, 2010

Jenama Susu yang HARAM di makan

Dapat info dari email. For sharing
Subject: Fw: jenama susu yang HARAM...
Peringatan
:
Alahai susu yang anakku minum tak halal rupanya YA Allah!!
Baru je bagi budak-budak susu pediasure perisa coklat...

Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah..
Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu
berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak
sedara yg minum susu.
*SIMILAC*.
Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok
Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam :placeMalaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status
halalnya.Susu in pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.
Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
Inform kawan2 ok!..




2.ini yang telah saya cari dari portal halal jakim. susu yang di sahkan halal oleh jakim ialah

1. DUMEX ALL-IN-ONE PRO-GROWTH FORMULA
2. DUMEX ALL-IN-ONE PRO-GROWTH FORMULA (CHOCOLATE)
3. DUMEX DULAC (TM) INFANT FORMULA
4. DUMEX DUPRO (TM) FOLLOW-ON FORMULA
5. DUMEX HI Q STEP 1 INFANT FORMULA
6. DUMEX HI Q STEP 2 FOLLOW-ON FORMULA
7. DUMEX HI-Q (TM) FOLLOW-ON FORMULA
8. DUMEX HI-Q (TM) INFANT FORMULA
9. DUMEX MAMEX GOLD STEP 1 INFANT FORMULA
10. DUMEX MAMEX GOLD STEP 2 FOLLOW-ON FORMULA
11. DUMEX MAMEX SOY FOLLOW-ON FORMULA
12. DUMEX MAMEX SOY INFANT FORMULA
13. INFANT FORMULA -DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
14. MAMIL COMPLETE BALANCED NUTRITION MILK FORMULA CHOCOLATE
15. MAMIL COMPLETE BALANCED NUTRITION
16. MILK FORMULA -DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
17. NUTRICIA BEBELAC FOLLOW-UP FORMULA (STEP 2) / NUTRICIA BEBELAC RUMUSAN SUSULAN (LANGKAH 2)
18. NUTRICIA BEBELAC INFANT FORMULA (STEP 1) / NUTRICIA BEBELAC RUMUSAN BAYI (LANGKAH 1)



3.Current List of Consumer Food Products (Including Medicine)

The list below contains 792 products found on grocery stores nationwide. It includes food, medicine, and health and beauty categories at grocery stores. The identification of Haraam or Halaal is either due to the presence of ingredients known to be Haraam or production processing involving the use of Haraam substances in them. Many manufacturers can not guarantee that ALWAYS the ingredients come from vegetable based products. They buy their supplies at the market that may or may not be animal based. Some ingredients may be produced with or without alcohol in them. Some other manufacturers refuse to disclose the ingredients due to secrecy of their special formula. When a manufacturer can not produce such a guarantee in above three cases, the product is classified as "Mushbooh/Unknown" or "Halal if no alcohol is used in flavor".

- Halal
- Not Halal
- Mushbooh or Unknown
- Halal if no alcohol is used in flavor

MORE info klik kat bawah ni
diambil dari sini



Monday, January 18, 2010

Vanilla Muffin, Cinnamon rolls




15 Januari 2010

Alhamdulillah...Jumaat lepas walaupon tak berapa sihat tapi dah janji dengan kawan awal so buatlah tempahan untuk dia...vanilla muffin dan cinnamon rolls..harap-harap okaylah ya rasanya...al maklumlah orang yang membuat kurang sihat so hasilnya macam tak berapa perfect tak taulah..heheehhe..anyway thanks for your support ya, sudi order dengan fida




Sunday, January 10, 2010

Dubai Global Village

Singapore and Malaysia sharing Pavillion





Main Buih sabun

Bawa my sis jalan-jalan

budak nakal kepenatan tido

Europe Pavilion - Effel Tower


9/1/2010

Jalan-jalan Dubai Global Village sementara winter (22 November 2008 - 27 February 2010)
per entry 10dhs per person, free children under 3 years olds
Seawal jalam 3.30 petang kami menunggu untuk kaunter tiket dibuka..punyelah ramai umat manusia hehehhee nasib kami datang awal dapat parking kereta tak berapa jauh dengan entrance.

Walaupon saya kurang sihat batuk-batuk, flu tapi memandangkan my sis ada datang bercuti temankan jugak dia nak ronda-ronda sekitar Dubai..tak sampai hati pulak tengok dia terperok je kat dalam rumah hehehehe

Selama lebih kurang 4 jam kami ronda-ronda dalam Global Village ni..pelbagai negara ada kat sini so macam travel in one day all over the world hehehhehe..

Mula-mula tu tak berapa sejuk sangat dah masuk maghrib tu sampai ke malam sejuk giler..berangin sebab tempat lapang...so windy...Puji dengan tandas dan surau yang disediakan sungguh bersih..

Tahun ini Malaysia turut serta membuat pavilion Kuala Lumpur Twin Tower tetapi berkongsi dengan Pavilion dari Singapura..yang menghampakan kami dalam Pavilion Malaysia ni semuanya produk-produk dari negara China sahaja...nanti orang luar ingat Malaysia ni semuanya dari bangsa cina sahaja...next time hantarlah peniaga dari Malaysia sendiri menjual produk-produk yang ada identiti Malaysia macam produk Kraftangan ker, Batik Sutera apa-apa jelah yang melambangkan Malaysian produk betul tak?

Okaylah itu sahaja citer nak di kongsi bersama :)


Jalan-Jalan Sekitar Dubai

Burj Khalifa 828meters




Al Tawasol Mandy Restaurant

Dubai Marina The Walk

Burj Al Arab

Menghidup udara nyaman pagi di sekitar Jumeirah Beach


Bawa jalan-jalan my sis

Souq Madinat Jumeirah



3-10-1-2010
My sis datang Dubai saje bawa dia ronda-ronda sekitar Dubai...walaupon sekejap je Alhamdulillah dia seronok cuma saya yang kurang sihat batuk2 + flu..memandangkan Dubai yang semakin sejuk tapi sejuk2 pon x dalah sampai turun snow hehhehe...


So bagi tidak menghampakan my sis saya temankan dia jalan-jalan with my kids pergi Atlantis tengok aquarium, Dubai Marina The Walk, Burj Al Arab, sekitar Jumierah Beach, Burj Khalifa serta tak lupa juga pekena Nasi Mandi yang terkenal di Deira Clock Tower Al Tawasol