salam semua pengunjung-pengunjung setia dan teman2 blogger dan cyber..lama dah tak berupdate blog yang dah bersawang ni..
Buat pengetahuan semua...saya tengah bercuti kat Malaysia sekarang ni sempena menyambut Hari Raya Adiladha...kalau ada kekawan nak jumpa bolehlah datang ke rumah mak saya di Rawang (tapi kena call dulu ya takut saya merayap biasalah cuti-cuti ni kan hehehhe)
Alhamdulillah tahlil arwah abah yang ke 40 hari telah selesai pada 23/11/2009 lepas..sekejap aje masa berlalu..Raya Adiladha kali ini terasa sunyi lah sebab arwah abah dah tak da...masih terbayang-bayang lagi macam dia masih ada lagi di dunia ni..sampaikan ada kekawan masih menghubungi nombor hp arwah abah pada mereka yang tak tau lagi ketiadaanya..
Raya Aidiladha kali ni tak semeriah tahun-tahun yang lepas kami sambut ala kadar aje..kami akan mengunjungi pusara arwah abah di kg Sungkai Perak (tempat kelahiran dan saat-saat terakhir arwah abah mengembuskan nafasnya di pangkuan ibunda yang tersayang hajjah Jamilah yang masih kuat lagi berumur 90 thn)
Pada mereka-mereka yang dalam perjalanan balik kg tu hati-hati di jalan raya ya...pada yang masih ada ibu bapa tu luangkan masa menziarahi mereka...pada yang jauh tu kalau tak dapat ziarah tu selalu-selalu lah menghubungi mereka ya..