Kali ini menu telah di sediakan oleh pihak perwakilan di Dubai yang bergotong-royong membahagiakan tugas masing-masing...tugasan itu dilakukan di dapur masing-masing...saya telah ditugaskan untuk memasak nasi lemak (nasi sahaja dan agar-agar2) untuk seramai 300 orang tetamu...kawan saya turut memasak nasi jugak kira bahagia dua lah sorang masak untuk 150 orang nasi lemak... lauk pauk untuk nasi lemak orang lain yang buat, di antara menu disediakan nasi lemak, ayam berempah, bihun sup, murtabak, agar-agar, buah-buahan.
Followers
My Blog Awards 2008/2009
Saturday, July 25, 2009
Majlis Sambutan Keputeraan Agong di Dubai
Kali ini menu telah di sediakan oleh pihak perwakilan di Dubai yang bergotong-royong membahagiakan tugas masing-masing...tugasan itu dilakukan di dapur masing-masing...saya telah ditugaskan untuk memasak nasi lemak (nasi sahaja dan agar-agar2) untuk seramai 300 orang tetamu...kawan saya turut memasak nasi jugak kira bahagia dua lah sorang masak untuk 150 orang nasi lemak... lauk pauk untuk nasi lemak orang lain yang buat, di antara menu disediakan nasi lemak, ayam berempah, bihun sup, murtabak, agar-agar, buah-buahan.
Thursday, July 23, 2009
Kimpap Korea
RESEPI KIMPAP - KOREAN DISH by amida
Kimpap ni ala-ala sushi gak lah..
Menu breakfast
Update menu breakfast beberapa hari yang lepas...mee goreng & sandwich bakar guna pembakar roti phillip...kalau sapa-sapa nak buat waffle boleh juga guna pembakar roti ni kalau tak da acuan waffle cuma rupa dia tak jadi macam petak-petak lah jadi macam acuan pembakar roti...nak buat senang je...
Note :
kalau tak nak buat sandwich bakar..nak makan macam itu aje..
tambah hirisan timun pon sedap jugak
makan-makan dan bersantai
Friday, July 17, 2009
Black Forest Cake
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
4 biji telur
10 gm ovalette/quick75
20 gm air
20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit. 2. Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.
Wednesday, July 15, 2009
Ayam Tandori & Burger
1/2 ekor ayam dipotong 4 (saya guna ayam drumstick)
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
sedikit pewarna merah (tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nnt)
sedikit kunyit serbuk.
beberapa titik lemon juice
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang 3 jam atau lebih.
Bunga pemberian Ros Tokyo - arigato
Sunday, July 12, 2009
Ikan Bakar Portugis
Bahan-bahan:
2. panaskan minyak
3. tumis bahan2 kisar sehingga wangi
4. masukkan sos cili thai dan kacau rata
5. bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
6. angkat
7. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
8. sudukan sedikit kuah
9. letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
10. taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
11. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
12. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin
gelagat budak-budak
Sesaje upload gambar dalam kamera....lagipon tak da apa nak update gambar masakan..bukannya tak masak..tapi masak yang biasa-biasa je..
Friday, July 10, 2009
Seri Muka
Dah lama teringin nak buat kuih seri muka ni tapi asyik bertangguh aje...semalam ada kelapangan buatlah kuih ni...nasib le menjadi..amatur potong tak berapa cantik comot je heheheheh...agaknya tak berapa sejuk dah potong hehehehe anak-anak tak sabar nak makan..lapisan atas tu saya blend je senang je pastu tapis..
RESEPI Kuih Seri Muka
NanaSyam Myresepi - Terima Kasih
Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:- (saya blend semua dan tapis)
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (saya guna pandan paste)
(bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!