MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, June 30, 2009

Award dari Hana, Kak Zai


Award ni saya kutip hehehhe dari blog Hana dan Kak Zai - terima kasih ya...

semoga persahabatan kita kekal..
kepada Hana - jaga diri ya baik-baik makyong sorang ni yang nun jauh di Jepun


so saya jugak ingin panjangkan award ini kepada kekawan blogger yang masih belum ada award ini ya :)

1. syigim
2. eiyda
3. mastura daud
4. ct
5. fizan
6. wanli
7. Ijan
8. kak jiejah
9. kak ana
10. Tena
11. ujin
12. pn iena
13. Leen
14. Iryani
15. Azura
16. Nita
17. EiraMalik
18. Kak E
19. kak ct
20. Hasnah


Udang Butter Prawn, Dalca Daging, Nasi Beryani




Hari ini saya mencuba resepi Butter Prawn semua kekawan dah ramai yang mencubanya saya pon turut tak ketinggalan..tapi saya punya jaluran tak berapa menjadi hancussss huhuhu takpelah next time cuba lagi....dan saya jugak mencuba resepi Dalca Daging chef Kak Hanieliza kita..dan buat nasi beryani sekali...Nasi Beryani saya guna rempah nasi beryani segera Brand Tesco..so ikut sahaja langkah-langkah di belakang pack..mudah je..dan buat sket Daging Masak Kicap untuk budak-budak ni makan.

Resepi Butter Prawn II
Cilok kat blog Hana Jepun - Terima Kasih


Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur - (saya ikut hanya 2 biji je)
sedikit daun kari
sedikit cili padi - (saya pon tak letak)
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng


Cara-cara
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.*ikut hana goreng ngan butter skali.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

3. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.



RESEPI DALCA DAGING
copy paste blog Chef Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang [belah4]
5 batang kacang panjang [potong pendek] (saya tak letak tak beli)
1 biji carrot [potong pendek dan kecil]
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
6 biji buah belimbing buluh (saya tak letak)
4 biji cili hijau (saya tak letak)
2 biji mangga muda [potong kecil] (saya tak letak)
2 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar[belah 4]
2 biji terung bulat [belah 4] (saya tak letak)
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 bungkus rempah kari daging ]
1/2 cawan air asam jawa ] bancuh
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk atau hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.

2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.

3. Panaskan minyak sapi & minyak. Tumiskan bahan yg dihiris sehingga wangi.

4. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,

5. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.

6. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.

7. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam.

8. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.

9. Renehkan sehingga naik minyak lagi.

10. Siap untuk hidangan.


Monday, June 29, 2009

Tag dari syigim

Saya dapat tag dari blog syiqim - Terima Kasih diucapkan


Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah:

~ byk tak ingat hehehhehe


2. Saya sedang mendengar:

~ kakak menyanyi


3. Mungkin saya patut:

~ rehat kerana saya baru lepas makan


4. Saya suka:

~ memasak, shopping, melancong


5. Sahabat-sahabat baik saya:

~ amat memahami perangai saya


6. Saya tak paham:

~ bagaimana macam mana farris adam boleh cam kereta mercedez atau BMW walaupon tak nampak logo kereta di jalanraya(sedangkan saya pon tak berapa arif melainkan nampak logo kereta)


7. Saya kehilangan:

~tomato semasa beli kat pasar..rupanya saya tertinggal malas nak patah balik


8. Ramai yang berkata:

~ anak-anak saya cute...agaknyalah kan hehehhe


9. Makna nama saya:

~ kurang pasti pulak hehehe


10. Cinta itu adalah:

~ my hubby


11. Di suatu tempat, seseorang sedang:

~ memerhati dan ingin tahu perkembangan saya di mana saya berada


12. Saya akan cuba:

~membuat pelbagai resepi roti/kek setiap hari untuk memenuhi masa lapang saya


13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:

~ tak henti-henti


14. Telefon bimbit saya:

~ berwarna hitam


15. Bila saya terjaga dari tidur:

~ saya akan terus bangun dan ke bilik air


16. Saya paling meluat apabila:

~ orang yang suka cakap bohong/ckp putar belit


17. Pesta/Parti adalah:~ sesuatu yang mengembirakan disamping keluarga, teman-teman tersayang.


18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:

~ kucing jiran sebelah


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

~ pada umur 18 baru lepasan SPM, time ni suka cari keje part time


20. Hari ini:

~ saya pening kepala dengan perangai budak-budak ni yang suka sepahkan brg2


21. Malam ini saya akan:

~ akan ke Lulu beli bekalan air apple juice kakak yang kehabisan


22. Esok pula saya akan:

~ akan cuba siapkan tugasan tag dari syiqim


23. Saya betul-betul inginkan:

~ penimbang dapur digital (masih mencari yang sesuai/praktikal)


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:

~ saya berkata, alahai muka ku dah gelaplah kena pancaran matahari yg terik dan memeritkan kulit


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:

~ pastinya pusat membeli-belah


26.Makanan Barat atau Jepun:

~ pastinya makanan Jepun/Korea lebih kurang sama je


27.Bilik yang terang atau gelap:

~ bilik yang terang senang nak berinternet...bilik yang gelap untuk lelapkan mata


28. Makanan segera adalah:

~ KFC, Mc Donalds


29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

~ kakak, adik cepat..kemas barang masing-masing


30. Siapa yang anda mahu tag?

~ Pada kekawan blogger yang sudi untuk menjawap tag ini



Gunting rambut, tengok baby boy baru lahir





28/6/2009

Semalam dapat berita Lynn dah bersalin pukul 11 pagi kat Welcare Hospital...so lepas hubby balik opis...baru nak bertolak ke hospital...kekawan kat Dubai kalau nak melawat Lynn boleh ke bilik #105


Tahniah buat Lynn dan Faizal dapat anak sulong baby boy yang comel dan hensem...selamat berpantang ya...bertambah anak-anak dubai kat sini hehehhe


Balik dari hospital...on the way hubby singgah area Lamcy...ambil baju laundry..kat sini murah compare rate kat Al Barsha mahal...then nampak kedai gunting rambut...dah lama rambut adik panjang hari tu mama dia dah potong sket tapi senget lah tak reti sangat nak potong hehehhehe...tanya kedai gunting tu kata 15aed okaylah takdalah mahal sangat..compare dengan kedai gunting yang lelain tu lagi mahal hegenya


Elok je dia dok diam....tak gerak-gerak...okaylah next time boleh potong kat kedai ni lagi hehehehe



Saturday, June 27, 2009

Mutiara Restaurant


26/6/2009

Setiap hari Jumaat kat Dubai merupakan cuti umum...so hari ini memang wajib keluar beriadah bersama keluarga tak kiralah jalan-jalan cuci mata kat shopping mall atau jalan-jalan cari makan kat Restaurant yang ada di sini. So hubby solat Jumaat..makan dulu tengahari kat rumah...lepak-lepak dulu dengan budak-budak...lepas maghrib kami keluar untuk dinner kat luar. Kali ini kami ingin merasai dinner kat Mutiara Restaurant (authentic Indonesian Cuisine) berdekatan dengan Burjuman Centre bertentangan dengan Spinneys.

Kami order Mee Rebus, Kiew Teow Berkuah (lupa lak apa nama penuh menu ni hehehhe), Pecal Jawa, Sate Ayam, Eis Kacang Pelangi (ABC lah hehehe) dalam gambar ini ABC dah cair terlupa nak snap awal-awal sebelum makan budak dah sibuk nak makan aiskerim pink hehehhe

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan rasa makanan yang kami order. Layanan mesra oleh pemilik restaurant Kak Ani jugak mesra..siap tanya makanan kami order tu okay tak rasanya?


Waktu balik tu terlupa lak nak tangkap gambar signboard Mutiara Restaurant ni...budak-budak sibuk nak balik kepenatan selepas makan melompat, berlari, menari sana sini heheheh jumpa kawan baru kat sana.



Mutiara Restaurant
Tel : 971 43977650


Friday, June 26, 2009

Bingka Jagung




26/06/2009



Semalam petang saya mencuba Bingka Jagung...sebab terliur tengok sana sini kekawan blogger asyik buat menu bermacam-macam bingka... Bingka Ubi, Bingka Labu lah.....saya ciluk resepi dari blog kak Ct...Resepi asal dari Chef Hanieliza.. saya bakar kurang garing...entah apa kena denga dapur oven tu semalam selepas bakar 1 jam tetiba je berasap ...tengok bingka tu elok je tak hangus pon hehehe lepas tu cepat-cepat tutup api...lepas dah sejuk oven tu dok siasat apa punca dia jadi berasap...rupanya agaknya lebihan mentega cair terkeluar dari acuan tu kot yang menyebabkan cecair mentega jatuh kat bahagian bawah oven itu yang membuatkan oven tu berasap.. maybe salah saya lah kot sebab menggunakan dulang...saya letak acuan tu terus dekat dulang yang berjalur besi itu jer hehehhehe..harap-harap lepas ni oven tu berfungsi macam biasalah ya...




RESEPI Bingka Jagung - Chef Kak Hanieliza
copy paste dari blog kak ct - Terima Kasih


Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair



Cara-cara:
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.


Give away beg by SewPrettyPink

The inside of the bag with pockets
The strap is adjustable



Hello everyone..

Exceli I saw this entry from my cyber friend blog and I coincidently cliked this blog 365 days - ummi (mother with 4 kids, she love sewing) and she have her own homemadebagsonline shop and started selling sewprettypink bags.



Well, I just want to try my luck to own this give away beg by SewPrettyPink
(who know I will be lucky one to own this bag) :)



Give a name?
I would like to give this bag name...Trendy silky shinning beg




WHY I should own this beg??
---> I can give this present to my sweety daughter on her birthday this July (I also can borrow her this bag heheheh multipurpose beg hehehhe)
--> I'm also admire this bag because of the modern and vogue design
--> cute adjustable strap
--> outer layer inside out (can wear two different styles)
--> cute pockets to put coins, keys or handphone
--> soft and trendy silky shinning beg




Award dari eiramalik dan kakina KL, eiyda


Award persahabatan ini saya terima dari kawan cyber yang baru Eiramalik yang nun jauh di Findland...Terima Kasih ya..semoga persahabatan kita kekal walaupon di mana jua berada chewah hehehhehe


Okaylah kekawan blogger yang lelain yang belum ada award ni, jangan malu-malu dan segan silu...sudilah ambil award ini jugak ya....salam ukhwah dari saya


Award ini pula dari eiyda & Kak Ina KL

Now I have to follow the rules and the rules are :-

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link. Thankks ye kak ina.. fida terima tau.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. Nak cari sampai 15 orang..rasanya ramai dah dapat..sape yang belum dapat bolehlah ambil ye..





Raja Pop Dunia meninggal dunia



Pagi ini dunia dikejutkan dengan berita kematian beliau semalam (Khamis) pada jam 2.26 pm...si raja pop dunia Michael Jackson meninggal dalam usia 50 tahun. Kematiannya diduga kerana serangan jantung. Dia meninggal di rumahnya di daerah Los angeles USA. Berikut ini foto - foto eksklusif tentang kematian sang legenda pop dunia tersebut....


SELANJUTNYA SILA KLIK SINI

Pada hari yang sama jugak 'Charlie's Angel' Farrah Fawcett meninggal pada usia 62 disebabkan cancer.

SELANJUTNYA SILA KLIK SINI



Thursday, June 25, 2009

Kari Kepala Ikan Merah



Hari ini saya masak kari kepala Ikan Merah....first time saya beli ikan merah yang "big size" ni hehehehehe...


RESEPI KARI KEPALA IKAN UTARA
MyResepi anis sp - Terima kasih

Bahan-bahan ( 4 org )
kepala ikan besar lebih kurang 600g ikan aper2 pon takpe (saya guna ikan merah)
8 biji kacang bendi (saya tak letak sebab tak beli)
2 biji cili potong dua
1 biji tomato
1 1/2 bungkus rempah kari ikan
sedikit halba campur
santan pekat 1/2 cawan
daun kari
1/2 cawan santan cair
4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehingga halus)
2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis untuk di tumis)
air
garam

Cara-cara
1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air perahan asam jawa
2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn mskkan daun kari
4. masukkan bancuhan rempah kari tadi ...tutup periuk n kecilkan api
5. msk sehingga pecah minyak kemudian mskkan sedikit air dan santan pekat
6. setelah mengggelegak mskkan kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,n garam secukup rasa


Petua
kari tu bau wangi dan rasa melekat ditangan macam kari ikan oleh mamak penang.
-->perah santan bersama asam jawa, bila rempah kari dh agak masak, baru masukkan santan yang bercampur asam jawa tadi. Inilah petua yang my mum ajarkan.

Wednesday, June 24, 2009

Pajeri Telur, Ayam Goreng KFC, Sayur Kobis

Menu 24/6/2009


Dah lama tak masak pajeri...tapi selalu buat pajeri nenas kali ni tukar dengan telur rebus goreng...sebab terliur nengok kat entry dia masakan ni hehehhehe. Ayam goreng KFC dan sayur kobis tu tak yah bagi resepi mesti semua orang tau buat hehehehhe

RESEPI Pajeri Telur
Resepi Asal Kak Noormasri
copy paste dari blog Noreen UK


Bahan-bahan:
7 biji telur - direbus dan digoreng hingga kekuningan
2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air panas untuk dijadikan pes
2 sudu besar santan
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2 (saya tak letak)
1cm halia - dihiris
4 kuntum bunga lawang
air asam jawa secukupnya
air - optional
garam dan gula secukup rasa
4-5 sudu besar minyak untuk menumis



Bahan2 kisar:
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih



cara:
1. panaskan minyak

2. tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau

3. masukkan pes rempah kari dan kacau sehingga garing

4. setelah itu masukkan santan, air asam jawa, sedikit air jika perlu, gula dan garam secukup rasa

5. kacau rata

6. apabila mendidih, masukkan bunga lawang dan hirisan halia diikuti dengan telur goreng dan cili hijau/merah

7. biarkan di atas dapur sebentar sebelum diangkat dan dihidangkan
source: noormasri



Parker House Rolls a.k.a Roti Burger separuh




Hari ini saya mencuba resepi ini senang dan mudah untuk dicuba..yang menarik roti burger ni tak perlu di belah tengah-tengahnya selitkan daging burger serta sayuran je..senang nak pegang bila makan..resepi saya ambil dari blog Noreen UK..member saya ni beri nama roti ni Parker House Rolls maybe sbb bentuk dia separuh kot hehehehe memandai je...anyway roti ni lembut boleh dimakan dengan daging burger, sosej, telur


RESEPI Parker House Rolls a.k.a Roti Burger Separuh
Copy past dari blog Noreen UK - Thanks a lot


Angaran Bahan-bahan (8 biji):

200gm tepung roti (saya sukat 250 gm tepung roti terus)
50gm wheat flour (saya tak letak)
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur - 1/2 biji
25gm unsalted butter
132gm air
sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan



cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam


2. keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin


3. kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. rehatkan selama 15 min


4. selepas itu canaikan sebiji doh (gambar 1 & 2)


5. sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut (gambar 3 & 4)


6. lipatkan doh menjadi dua (gambar 5) dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis


7. setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam dan bakar pada suhu 200C selama 8 min. kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2)


8. keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut


9. bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya



Monday, June 22, 2009

Heart Birthday Cake









22/6/2009



Nak citer sketlah...semalam buat cupcakes dan heart cake tu pukul 3 pagi baru tido alahai kerana anak kesayangan mama sanggup tu...heheheh bukan apa kesian kat kakak dia nak besday kek dia...nak celebrate kat sekolah tapi apakan daya time besday dia sebenarnya 1/7 dah start cuti sekolah...so celebrate awal seminggu ler..hehehhe aci tak? hehehhe


Disebabkan permintaannya kakak tadi....mama sanggup tu carikan loyang kek heart pastu buat cupcakes deco...1st time deco kek besday tapi comotler sket tak pandai ler nak deco-deco kek besar-besar ni...masa nak buat line tepi heart merah dan tulisan kat atas kek tu dan letak hiasan colourful kecik-kecil tu pon menggeletar tangan heheheh...cupcakes pon semalam icing dia cair sket entahler apa yang terkurang...hentam jelah..dah letak dalam fridge pon cam gitu gak...dah kesuntukkan masa deco je lah mana yang sempat. Deco yang dua orang kartun boy and girl tu kakak nak mama buatkan sebiji macam dia lukis kat buku hehehe sib ler jadi heheheh


Pagi ini kakak terlewat ke sekolah mama dia overslept..huhuhu....so kena tinggal bas sekolah...pagi ni papa lah hantar ke sekolah lah...dah separuh jalan tertinggal pulak godies bag patah balik...itu yang jadi bertambah lewat..macam-macam hal hehehhe... sampai sekolah dah pukul 9 pagi hehehe..lepak-lepak kat sekolah adik nak main basikal layan ajelah..sampai abis pukul 11.30 papa dia ambil pulang ke rumah..nak balik dengan bas sekolah banyak pulak barang2 nak di angkut...masa kat sekolah tadi rasa macam nak pitam je heheh ialah kurang tido pastu pagi tadi kelam kabut punye pasal tak sempat nak breakfast...dah kat sekolah tadi cari kantin lapik perut hehehe


Alhamdulillah dah selesai pon..ingatkan ramai budak-budak dalam kelas tengok dalam magazine sekolah 30 orang satu kelas...punyelah gigih mama buat cupcakes 30 pcs takut berebut tak cukup pulak kekawan kakak kat sekolah..tengok pagi tadi 10 orang je yang turn up hehehehhe yang lebihan cupcakes beri kat teacher uzma dan assistant teacher jessie dan bagi jiran sebelah....anyway kakak happylah permintaan dia tertunai sudah hehehe