MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, April 30, 2009

Rahsia Masak Ekspress



30-4-2009


Pagi ni tapau kakak kentang goreng smiley face.

Tenghari ini punye menu



Nasi Putih
Ikan Kembung Goreng Bercili
Ikan Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung
sayur campur semalam ada lagi sket hahhaha
Ulam - Timun + salad


Okay nak citer dua hari lepas dapat buku Besday Gift saya bulan Januari lepas (baru dapat sbb kapal laut sampai lambat huhuhu 3 bln baru dpt) exceli bukan dpt buku je..mcm-mcm mak saya letak dalam kotak tu bukan satu je 2 buah kotak lak tu seberat 10kg setiap kotak hahahha..nasib baik semua okay barang-barang kering je..(ada mainan, buku-buku budak2 buat cucunya, comforter, karpet korea,dll) sebenarnya kotak2 ini ingat pos awal sempatlah saya guna sebelum pindah masuk rumah hari tu...ialah masa tu tak da katil semua..ingatkan bolelah guna comforter dan karpet tu..dah lambat sampai saya beli dulu comforter dan karpet kat sini.


Anyway...Terima kasih lah pada sal_nuar sbb geng Birthday Gift Wnc yang mengeposkan buku ini pada my mum kat Msia..


Setelah dapat Buku Resepi 30 minit Chef Kamarul berkobar-kobarlah lagi nak masak hahahhah..so asben cakap ha lepas ni tak ada alasan lah tak boleh masak sedap-sedap sbb dah ada Buku Masak Ekpress 30 minit tu


Secara keseluruhannya bagus isi kandungannya macam-macam ada..ringkas, padat ada tips mengurus dapur, tip masakan dan dll....orang kata bukan sekadar resepi tau dari Resepi Pagi sehinggalah Resipi makan Malam serta Resepi pemanis mulut & minuman

Kalau berminat buku ini berharga RM25.90 bolehlah didapati di kedai-kedai buku berhampiran dengan anda (tolong promosi tuan punye buku Chef Kamarul - dapat komisen ke tak ni hahahahha - gurau je)

Wednesday, April 29, 2009

Menu hari ini




29-04-2009

Pagi tadi siapkan kakak macam biasa untuk ke sekolah..bawa bekal coco crunch.


Balik dia nak jagung rebus...kat sini kalau beli kat Lulu tu 6aed satu cawan dah ler mahal..baik buat sendiri puas hati dapat banyak sepeket jagung yang direbus tu boleh dpt bercawan2 jagung rebus hahahhaha

Rebus jagung dah siap tos + letak butter + garam..budak2 tu suka makan abis satu paket mama dapat rasa sket je haahaha
Sambil budak-budak ralit tengok tv dan main-main..


Tengahari masak nasi putih, goreng ikan bawal, potong-potong sayur semua..
so hari ni masak Ikan Bawal Sweet Sour yang buat pedas - sbb papa dia suka makan pedas, so untuk budak buat Ikan Bawal Goreng Tepung, buat sayur campur oyster sauce. Sayur karot + kobis + cendawan mmg sengaja potong byk sbb budak2 suka makan.

okaylah nak rehat2 je penat berdiri kat dapur

Tuesday, April 28, 2009

User Friendly Awards & Blog Love dari pn iena, wanli




28-04-2009


Deman Musim Award minggu ni...Hari ini sahaja dah terima 2 awards
dari pn iena (dah lama tak borak2) dan wanli (kawan mama club kmc)


Terima kasih banyak-banyak semoga persahabatan kita kekal FoReVeR
so kekawan yg singgah bertandang ke sini jangan malu-malu kucing tau terus ambil award ni letak dalam blog masing-masing ya..

Monday, April 27, 2009

Award from ct







27/04/2009

..cayang ct muah.


Award ni dari ct terima kasih banyak..cayang ct muah.
harap ct sihat-sihat selalu jaga kesihatan dan baby dlm perut tu hehehe
so kekawan yang bertandang ke blog ni silalah ambil awards anda ya


Sunday, April 26, 2009

Bun Sardin


26-04-2009
ROTI BUN SARDIN

Malam tadi dah pukul 12 malam tetiba teringat esok 9 pagi ada Mesyuarat perwakilan di Bangunan MATRADE untuk bincang pasal Malaysian Foods Bazaar yang di adakan bulan Mei nanti. Alamak nak bawa apa untuk port luck...emm buat roti lah.

Resepi Roti Bun Sardin ini di ambil di internet Resepi Kak Hanieliza...
Terima kasih kak liza...mmg saya selalu buat roti ni...kalau buat roti guna resepi kak liza mmg menjadi..
Dah lama tak buat roti bun sardin ni sejak berpindah ke Dubai ni...agak-agak skill buat roti tu ada lagi ker hahahhah


Last minute ni....gagahkan jugak...uli tepung semua dah pukul 2 pagi..emm nak tunggu lagi 2 jam untuk doublekan kenaikkan doh..tido dululah...ingat nak bangun pukul 4 pagi..entah camner boleh terlajak tido bangun dah pukul 5.30 pagi kelam kabutlah nak siapkan anak dara tu sekolah lagi hehehe

Minta tolong papa dia mandikan kakak...sambil tu canai doh letak inti sardin dalamnya...tunggu 30 minit untuk doh tu mengembang sekali ganda...

cepat2 mandi segala bangai semua..

Sementara tu masuk roti tu dalam oven pembakar. Bawa kakak turun tunggu bas sekolah pukul 6.55 pagi.....pesan kat Sheila mak si eden from South Africa (sama bas dgn kakak Fatin Amily jiran sebelah building) bagitau Sheila in case I will be late, pls do me a favour take my daughter at your apt for a while...kalau tak pesan nanti sapa pulak nak tunggu kakak time balik sekolah tengahari nanti.


Naik2 atas...alamak terlupa nak sapu telur kat atas roti...cepat2 keluarkan dari oven sapu telur kat atas roti....bakar semula sehingga masak...siap2 si kecil ni mandi + pakai baju...nak nenen pulak adoi dah le kelam kabut..

Alamak roti tergaring lak pulak sib baik tak hangus hehehhe
cepat-cepat keluarkan pastu sapu butter atas dia untuk jadikan roti tu berkilat.
Siap2 semua...bawa beg, roti bun untuk port luck then get ready naik kereta sama dengan papa pi opis.

So bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi.
Sampai-sampai dalam pukul 8.40 pagi tak da org sampai..
Kat bilik meeting pulak..si kecil ni pulak buat hal...merengek-rengek nak ke papa dia..ckp dgn dia..papa tak da kat opis..alahai nak bagi dia tenang payah betul..bawa ke keluar bilik meeting room...pujuk2 dia then masuk balik.. mula2 je dia baik dok diam..lepas tu mulalah nak dukunglah nak nenenlah...adoi sib baik dlm tu semua ladies je...bolehlah kasi nenen kat dia..mmg geram betul tadi anakku buat perangai...tak leh nak concentrate dalam meeting tu asyik nak berdukung jer dalam bilik meeting...lengguh tangan..agak-agak tangan sebelah kanan dah jadi muscle sbb dok dukung dia lama lak tu..

Memang dah agak mesti meeting abis lewat...pukul 11.40 minta diri balik awal reason nak ambil anak balik sekolah...On the way back, call Sheila dalam pukul 12 camtu...Kakak dah selamat lepak-lepak kat rumah dia sambil tengok tv sama-sama dengan eden anak dia..Sampai rumah dah pukul 12.15 tghari... Mujurlah Sheila tu okay...itulah guna berjiran in case ada apa-apa nak minta tolong senang.

Okaylah ni lah rupa roti bun sardin ku yang tergaring sket...Alhamdulillah janji sedap di makan...jemput makan


Pada Malaysian yang berada di sekitar Dubai
Jom datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi
Jualan Malaysian Foods Bazaar
Anjuran oleh Persatuan Isteri-Isteri Perwakilan Dubai.
Pelbagai menu dan masakan Malaysia ada di jual di bazaar ini.
Bagi yang merindui masakan Malaysia..marilah join sekali

TARIKH : Pada 15 Mei 2009
HARI : Jumaat
TEMPAT : General Consulate Residence Al-Barsha
JAM : 4-6 petang



p/s pada yang nak pre-order roti sardin & roti sosej
boleh contact fida ya hehehhe
(emm larat ke nanti saya kena buat roti ni
sampai beratus pcs masa bazaar Mei nanti huhuhuhuhuhu)



Saturday, April 25, 2009

Chimes Far Eastern Cuisine

25-04-2009



Petang tadi, tak da buat apa-apa saje nak makan kat Chimes. First time pergi masa tu awal bulan feb kawan introduce kat situ sedap jugak ala2 Singapore Deli area Karama tu..tapi yang best restaurant open kitchen..so kita boleh nampak chief dia masak kat depan..makanan mmg sedap-sedap belaka tak rugi makan kat sini.


Restaurant ini area Al Barsha near by Mall of Emirates...berdekatan dengan Rose Garden Hotel Apt, terletak di bangunan Seven Sand Hotel Apartment,


Al Barsha Dubai UAE

Sapa-sapa nak try bolehlah ni map location.


Boleh hantar home delivery bagi sekitar Al-Barsha ni

Tel : 971 4323 4211


Petang tadi makan mee soto dan chay keow tiew

sambal paru, ikan goreng, air asam, sayur




24-04-2009



semalam rajin masak special sketlah hari Jumaat big boss tak keje kat sini..lepas dia nak bersiap ke masjid..so get ready masak kat dapur..sambil budak ralit tengok tv
Menu
Nasi putih
Sambal Paru
Sayur
Ikan Goreng
Air Asam

Thursday, April 23, 2009

Spagetti bolognise


Spagetti Bolognise



Masak spagetti je...
Spagetti rebus mcm biasalah...biarkan mendidih letak satu sudu besar minyak masak + garam sedikit...rebus sampai kembang angkat toskan.
kali ini guna instant sos prego tu je cuma tambah potong dadu bawang, potong cendawan dalam tin, minced beef, tambah sket serbuk kari satu sudu besar, garam + gula secukup rasa


Wednesday, April 22, 2009

donut homemade


22nd April 2009


Hari ni terlebih rajin....saje nak cuba buat donut sebabnya bila lalu je MOE ada kedai donut krispy cream mesti my daughter ckp mama I want donut pink..per pc donut kat sini hege 5aed...kalau di dunkin donut 4aed per pc


So kalau buat sendiri lebih jimat betul tak? Inilah hasilnya first time buat donut..jangan gelak sudah ler size dia ada kecil ada besar hehehehe tak da acuan donut guna tutup botol je hehehhe sib baik menjadi


TARAaaaaaaaaaaaaa

sama tak mcm kat kedai donut tu?


Letak topping chocolate je...cari kat kedai tak jumpa lak toping kaler pink..

next time bolehlah decorate topping atas letak kacang, badam, chocolate rice.

Satu adunan - menghasilkan 18 biji donut yg sederhana besar

Resepi ni telah saya adjust dari resepi-resepi yang ada di internet


DONUT Resepi Amida

Bahan-bahan
Tepung gandum (250 gm)
yeast 2 bungkus mauripan (22gm)
gula (40gm)
garam (1 sudu teh)
telur sebiji
butter (30 gm)
susu Full Cream (125ml) (susu jangan sejuk..nanti yis x naik susu suhu bilik)

Cara-caranya :-
  • Tepung, butter bancuh sekali..gaul-gaul lepas tu letak telur gaul sket. Yeast n gula bancuh bagi hancur dlm susu, Biar 1 - 2 minit naik sket bubuh garam. Lepas tu masukan dlm tepung..uli. Jika lembik tambah tepung sedikit.
  • Uli bagi sebati tak sampai 5 minit. Biarkan doh 30 minit bagi naik. Lepas tu canai tebal sket..1/4 inci, terap bulat. Lepas tunggu biarkan doh tu naik lagi 20 to 30 minit
  • Panaskan minyak dalam kuali…Minyak biar banyak dan panas baru masukkan donut goreng sehingga kekuningan atau garing. Angkat
  • Biarkan donut sejuk, lepas tu kalau nak letak topping ikut suka (toping chocolate)
  • Kalau buat banyak nak frozenkan goreng separuh masak pastu masukkan ke dalam plastik frozenkan


Toping Chocolate :-
1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2. coklat masakan + butter sedikit + gaul


Topping Gula icing
1. Gaulkan donut yang telah di goreng dalam gula icing


Note: Adunan Doh ikut kualiti dan jenis tepung gandum (kalau lembik tambah sedikit tepung)






Monday, April 20, 2009

Friendship award fm Fizan

Terima kasih fizan beri akak award ni....cayang fizan...
So kekawan yang singgah blog ni sila ambil blog anda ni ya...dan paste kat blog memasing

Monday, April 6, 2009

shopping shopping







BACKDATED

Gambar ni dah lama amik...so terperap kat camera...
Gambar troller shopping yang ada kereta mainan tu kat Lulu Hypermarket Al -Barsha...budak-budak suka datang sini naik kereta...gambar last tu kat car park Mall of Emirates..

saje jer cuci mata gambar-gambar balik dari shopping MOE, Lulu Hypermarket beli barang-barang grocery..

Ibn Battuta Mall



BACKDATED

19/3/2009


Jalan-jalan ke Ibn Battuta Mall bawa my sis dan my kids

Dubai Mall






BACKDATED

14 March 2009




Jalan-jalan di Dubai Mall tengok Dubai Acquarium & Underwater Zoo.

Gambar kat luar Dubai Mall tu berlatar belakang Menara yang tertinggi di Dunia....Burj Dubai yang masih lagi underconstruction.

Masa nak balik Dubai Mall...tak jumpa parking area...memusinglah cari..besar dan luas sangat hehehehhehe

Macaroni goreng



Since kakak Amily dah start cuti sekolah...so mama dia dah mula rajin sket nak masak-masak kat rumah melayan anak-anak...so hari ni tanya kakak nak makan apa? dia cakap nak makan macaroni....so mama pon selongkar bilik store tengok tin sardin ada...so buatlah macaroni goreng + sardin...tak pedas senang budak-budak makan...so layan...

tunggu kakak balik sekolah







BACKDATED


Tunggu kakak balik sekolah...selalu dalam pukul 11.55 atau 12.00 tengahari bas datang...so mama kena tunggu dengan adik lah kat bawah...selagi mama tak da kat situ konduktor bas tu takkan beri pada sesiapa even security apt.
Gambar-gambar ni perasan tak kakak balik tak pakai uniform sekolah??
Nak tahu kenapa? kakak kencing kat sekolah abis basah uniform mmg selalu bawa baju spare....dah 3 hari berturut-turut dia kencing kat sekolah..bila tanya...
mama: Nape kakak syu tak bagitau teacher?
kakak : Dia senyum jer
mama : kakak kencing kat mana?
Kakak : kakak syuuuu kat carpet teacher...huhuhuhu..
Pergi check doktor...rupa-rupanya kakak ada urine infection patutlah asyik kerap ke toilet..kadang-kadang tak sempat tahan terkencinglah dulu...kesian anak mama..
Sekarang dah okay doktor bagi ubat dah tak kerap kencing...kalau tak cikgu tulis dalam planner after half an hour Amily's wet in the classroom

Miss uncle kamal and uncle Jo







BACKDATED


Inilah dua orang insan istimewa....

S taff hotel yang menjaga kaunter receiption...yang selalu bermain dengan budak sejak tinggal di hotel dulu...nama beliau adalah Uncle Jo...so kalau turun kat lobby Uncle Jo selalu beri budak-budak ni candy....yang hairan tu dalam banyak-banyak staff hotel..uncle Jo sorang ni jelah yang pandai pikat hati budak-budak ni entah apa manderem dia pakai hehehhehe..budak-budak ni pulak ingat nama dia...bila dah pindah apt...kadang-kadang pusing area Lamcy mesti budak2 tunjuk hotel dan sebut nama uncle Jo.



Sorang lagi uncle Kamal.. orang Nepal yang sangat peramah security kat apt samreya ni....gambar ni hari last day dia duty...menurut beliau management apt ni tukar company security sbb nak hired company security yang lebih murah....yang tak bestnya baru je nak kenal rapat dengan Uncle Kamal ni..sedih budak-budak ni...sebab keistimewaan Uncle Kamal boleh bertutur dalam bahasa melayu kita..dulu dia pernah tinggal Malaysia selama 5 tahun...so budak-budak seronok sembang-sembang cakap melayu....diaolog/perkataan yang selalu Uncle Kamal ni sebut....


Masa last day tangkap gambar ni saya pon sebak dan sedih gak..ialah selalu kalau tak da buat apa-apa kat atas..turun bawah ambil newspaper free, broshure ker...sembang-sembang santai pasal facilities apt dan berapa org tenant dah masuk, dengan security ni sambil bawa budak2 pusing2 kat area lobby dan sekitar building
Last day tu....dia cakap jumpa lagi kakak, abg..jangan lupa sama saya...very humble walaupon dia dah berumur dia respect orang...

Uncle Kamal : Adam mari-mari jom jalan....
Adam : Tak nak lah....
Uncle Kamal : Jom la jalan-jalan uncle dukung mari-mari



Sekarang dah tukar security baru kebanyakkan dari India/Pakistan dan yang pastinya tak boleh bertutur dalam bahasa Melayu...ada tu English pon kurang fasih...susah sket nak communicate...dan kruang friendly kalau compare dengan security from Nepal...
emm hired security company murah..so macam inilah jadinya huhuhuhuhu


So inilah citer backdated yang baru sempat nak di masukkan dalam blog ni...

Sunday, April 5, 2009

rajin tolong mama

Thursday, April 2, 2009

My singer

Farris Adam dan Fatin Amily tengah menyanyi lagu "Old Mc Donald"

old mc donald has a farm ye ya ye ya yo

Burj Al Arab

BACKDATED
Burj Al Arab


Jalan-jalan sekitar Jumeirah Beach berlatar belakang Burj Al Arab Hotel 6 Bintang...bukan semua orang boleh enter area Burj Al Arab ni..kecuali customer yang tinggal dalam hotel tu jer dibenarkan masuk..so pergi area beach ni bolehlah tangkap gambar Burj Al Arab dari pemandangan jauh sket