MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Monday, December 29, 2008

Finally we have ID card


Alhamdulillah setelah lama menunggu....finally we got our UAE ID card....so lepas ni asben boleh apply license kereta lak..patah kaki tak da kereta hehhhehe


Sunday, December 28, 2008

Singapore Deli, Karama Dubai UAE



Hari ini dinner nak try masakan Malaysia...so search kat internet jumpa satu restaurant dekat dengan Lamcy...Singapore Deli area Karama berdekatan dengan Burjuman Mall dan Central Point Shopping Center...melalui 11st street belakang Pizza Hut...perjalanan ke sana lebih kurang 10 minit je dari hotel tambang teksi 8.50AED


Restaurant ini terletak di jalan 6A street
Sampai-sampai je suasana di luar Singapore Deli macam warung-warung cafe mamak kat Malaysia lah..suasana lepak-lepak...kat luar ramai orang-orang Malaysian yang makan kat sini...terasa makan kat Malaysia pulak heheheh


Menu kat sini bermacam-macam dan harganya pon berpatutan dan sedap tidak lebih dari 25AED...emm tak rugi kalau makan kat sini berbaloi..mostly pekerja-pekerjanya Indonesian...

Tadi we all order sate ayam - 22AED, Gado-Gado 20AED , Teh Tarik 2AED, Kway Teow Goreng 23AED, small mineral water 2AED




Singapore Deli Restaurant
Karama Dubai,PO BOX 49612,Dubai UAE
Email:singdeli@gmail.com
Tlp.04 3966885
Fax.04 3941297
Taxi (behind Pizza hut,Trade Centre Rd)
Cuisine: Singaporean
Opening Hrs:1200 noon - 12pm (Sat-Thursday)
3.00pm-12pm (Friday)


Singapore Deli Menu
Tempe Goreng
Spring Roll
Tahi Isi
Pempek
Tahu Goreng
Gado Gado
Meehoon Goreng
Kway Teow Goreng
Nasi Goreng
Nasi Goreng Kampong
Bakso Soup Meehoon/Kway Teao
Soto Ayam
Tongseng kambing
Lontong Sayur
Sop Buntut
Nasi Lemak
Ayam Rica Rica
Nasi Paprik Chicken/Seafood
Ayam Panggang
Pecel Ayam
Nasi Rawon
Sayur Lodeh
Sayur Asam
Kangkung


Singapore Deli Sides
Telur Asin
Kerupuk
Sambal Goreng
Nasi Putih
Nasi Lemak




Singapore Deli Beverages
Ice bandung
Iced Coffe
Iced Lemon Tea
Iced Teh Tarik
Ice Tea
Iced Milo
Soft Drinks
Mineral Water
Hot Tea Deli
Teh Tarik
Coffee
Soyabean
Hot Chocolate

Saturday, December 27, 2008

Menu hari ini





Hari cuti ni semua bangun lewat hehehhe...cepat-cepat mandi...pastu turun bawah sarapan pagi...selepas tu asben keluar nak settlekan hal rumah..harap-harap semua okay.


Sambil-sambil temankan budak-budak tengok tv, colouring buku..
Dah lama dok layan budak-budak tgk diaorg ralit tengok tv...so lari ke dapur jap nak masak nasi dah tengahari..emmm tak tau nak masak apa sbb bahan-bahan terhad al maklumlah dok kat hotel lagi perkakas pon tak banyak...Emmm dah lama tak makan kerabu perut..
Resepi Kerabu Perut
rebus perut, potong/hiris cili, bawang, serai, salad, tomato potong dadu, daun pudina, perah limau nipis + garam +gaulkan...oraitlah tu heheheh......
so Menu hari ni masak nasi putih, kerabu perut, ikan tenggiri masak kicap, sayur sawi+karot+kobis

Friday, December 26, 2008

WAFI









Petang-petang saje lah bawa budak-budak pergi WAFI dekat tambang teksi 7AED lebih kurang 15 minit je perjalanan dari hotel.

WAFI ala-ala macam sunway piramid lah kat Msia.hehehhehe...kat sini ada pelbagai Arabian Souk menjual macam-macam barangan souvenior, minyak wangi, jubah2, restaurant,etc

Tempat minah arab dan pak arab melepak



citer hari ini

Hari ini masak menu nasi putih, sayur kangkong, sayur kobis+telur bercili. Sorrylah tak da gambar pulak menu hehehhe
Balik solat Jumaat asben tapaukan lauk kari ayam, ikan goreng heheheheh Alhamdulillah rezeki hari ni byk lauk pulak :)
Hari ini mcm nak pergi jalan area Wafi shopping mall..tengoklah kejap lagi budak2 tu bangun tido bolehlah kot

Sunday, December 21, 2008

Award lagi


Hari ni dapat award dari Yanti Comel..alamak blog ni baru je create dah terima award...
Terima kasih yanti bagi kak fida award ni hehehhe..

so saya panjangkan award ni kepada

1. sheila






Tuesday, December 16, 2008

Alhamdulillah






15 Disember 2008

Alhamdulillah walaupon penat menunggu akhirnya dapat jugak register Amily ke The Winchester School...pagi tadi dia punyalah excited nak pergi tengok sekolah dia..kejut je automatik terus bangun nak mandi heheheh..Semester akan bermula next year 4th February 2009 di masukkan di KG2.


Sampai sekolah The Winchester School (GEMS School) area Ibn Battuta Mall...buat registration semua..principle dia bagus Mr Raminder Vig very friendly person..siap bawa kitaorg tour around the school lagi..

Adik Farris Adam pulak tak behave sgt...asyik nak main sana sini...adoi penat mama dok mengejar..tak bagi buat badan lembik2 pastu nangis2..mama dia tak tahan dengar dia nangis..cepat-cepat dukung bawa dia playground kat luar...(malulah anak buat perangai lak kat hall sekolah tu huhuhu)


Dah selesai beli uniform, register bas sekolah, beli buku semua..then we all balik rumah.
Kat rumah Amily nak cuba baju sekolah dia..nilah gaya excited dia nak pergi sekolah..
masuk sekali interprem adik dia gak...heheheh....Lega rasanya dah settle satu perkara..sekarang nak cari rumah pulak..
Emmm ada sapa2 di My UAE group hantar anak kat sekolah ini tak?

Monday, December 8, 2008

Happy Eid-Adha



Alhamdulillah kali ini kami beraya di perantauan Dubai....Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adiladha buat family di Rawang, Selangor dan buat keluarga mertua di Klang, Selangor, serta sanak sedara dan sahabat handai di Malaysia serta kawan cyber di mana anda jua berada...tak lupa jugak kawan-kawan yang baru kami kenali di MYUAE

beg sekolah dan mainan baru







Pergi carrefour ada nampak tshir Dubai, beg sekolah so saje beli siap2 untuk amily..belikan untuk adik jugak nanti bergaduh pulak hehehhe
dah sampai area situ mcm2 ada...budak-budak sibuk nak beli mainan lak...tak bagi mulalah buat perangai..beli lah kakak patung dan adik mainan pancing.
Patung 2 sets dah ler mahal 60aed adoi anak punya pasal pejam mata jelah hehehhe

Sunday, December 7, 2008

Ibn Battuta Mall - 6 December 2008

, M
















6/12/2008


Semalam tenghari bila hujan dah berhenti....boringnya tak ada aktiviti....so jom jalan-jalan pergi mall...Perjalanan ke Ibn Battuta Mall lebih kurang 45minit sbb jam hujan tadi menyebabkan jam kat highway..air bertakung..Naik teksi 52AED sehala.

Ibn Batutta Mall ini di dalamnya mengikut senibina/rekabentuk mengikut perjalanan pengembaraan Ibn Battuta di antara negara-negara yang terdapat di mall ini adalah negara CHINA, TURNISIA, INDIA, ANDALUSIA, EGYPT, PERSIA
Kakak Amily suka dan seronok adiknya Adam takut nak bergambar dengan maskot pak arab tu hehehhe

Mall of Emirates - 28 November 2008



















28/11/2008

Jalan-jalan di Mall of Emirates dari hotel area oud metha perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit jika tiada jam..naik teksi tambang 30-35AED sehala..jalan-jalan memanglah seronok balik rumah kira duit berapa abis huhuhu..


Masa nak balik tunggu teksi alahai beratur punya panjang....sambil tu cuci-cuci mata tengok kereta-kereta pak arab yang kaya raya ni...

Saturday, December 6, 2008

Melepak di bilik je

Semalam dan hari ni melepak di hotel je...tak ke mana-mana....
musim hujan sekarang nak bawa budak-budak ke padang tak boleh..
boring je diaorg...hari-hari tanya mama nak gi padang..

Wednesday, December 3, 2008

Puding roti coco crunch + nasi lemak






Semalam Public Holiday kat sini, so tak da keje dan dah bohsan asyik order makanan je so buatlah nasi lemak dgn tak berapa nak cukup bahan...nak buat sambal lupa nak beli serbuk cili..at last buat rendang daging je la...(sbb rempah dah ada) guna apa yang ada je..pusing-pusing kat Sun Rise Supermarket tu nampak daun pisang...belilah satu pelepah 1AED je murah gak hehehhe.. Cari-cari ikan bilis jumpa yg size besar kurang sedap dia keras susah nak kopek isi dia...timun kat sini hijau mcm tak berapa masak pulak tu mcm lembik je apasal ya?
Pusing-pusing lagi nampak pyrex belilah nak buat puding roti camner nak bakar kalau tak da...so belilah 25AED harganya..

Semalam kakak Amily sibuk nak gunting rambut pergi saloon rambut tu...papa dia nak masuk rupanya kat sini undang-undang lelaki tidak dibenarkan masuk di saloon wanita..ingat ke murah je potong rambut budak sekali time nak bayar prrggh 65AED...wow mahal giler beb..terkedu kejap hehehehhe
sini kalau min potong rambut berapa AED?








Tuesday, December 2, 2008

2nd December 2008 - National Day of UAE



Hari ini cuti Public Holiday bagi negara UAE..tak ke mana-mana pon duduk rumah je luangkan masa bersama anak-anak serta suami tercinta

Untuk berita selanjutnya pasal National Day KLIK SINI


Monday, December 1, 2008

Mencari sekolah...

Penatlah cari-cari sekolah untuk amily walau untuk KG1 pon semua dah penuh kena waiting list..tension jer....
(setakat ni sudah cari sekolah DAA, Emirates, Wellington, Raffles)
sekolah apa lagi ya yg area Dubai ni? Boleh tolong recommend?? you all camner register anak sekolah kat sini...registration fee tu refundable ker? kalau waiting list tu lama ke kena tunggu?