Semalam budak-budak ini elok je main.. Amily petang tu dia mengadu gatal-gatal alerjik..sebelum ni pon dah start gatal-gatal...so beli ubat kat pharmacy berdekatan dengan hotel ni...so cubalah 3-4 hari tengok tak da perubahan apa-apa pon tapi masa ni dia tak mengadu gatal-gatal lagi..
Malam semalam dah pukul 9 lebih.. dia asyik merengek jer start garu-garu..so bagitau asben kata jomlah bawa kakak pi hospital kesian kat dia... so lebih kurang pukul 10 mlm naik teksi ke American Hospital...so tunggu kat emergency room tu ambil masa jugak..mula-mula buat registration dulu al-maklumlah first time datang isi borang semua tu..then nurse check dulu kemudian baru masuk waiting room tunggu Doktor yang bertugas..Ambil ubat semua...tunggu teksi kat dalam susah nak dapat maklumlah dah tengah malam pulak tu hujan lak semalam..dekat 1/2 jam jugak la..nak tak nak try contact kak moi tanya dia kat area mana senang dapat teksi..pastu kak moi call sekali lagi kata asben dia nak fetch kitaorg balik katanya rumah dia dekat je area LAMCY Plaza tu lagipon malam-malam kesian kat budak-budak hujan pulak tu.
Terima kasih banyak-banyak pada asben kak moi sudi tumpangkan fida sekeluarga balik ke hotel..malam-malam ganggu aje..sorrylah kak moi asben fida tu dia masih segan-segan nak bersembang dengan asben akak...
Nanti ada masa singgah lah hotel...tak pon nanti kalau we all dah pindah rumah singgah lah...sekarang kat hotel setakat jamu minum petang tu okaylah..nak buat makan heavy2 pinggan mangkuk pon tak berapa nak cukup lagi heheheh