Thursday, July 9, 2009

Waffle






As per request from my niece nak resepi waffle...saya nak berkongsi dengan kekawan semua...pernah mencuba beberapa kali semasa tinggal kat Korea dulu dengan menggunakan acuan waffle ...memang sedap macam jual kat kedai-kedai..gambar ni gambar lama...takpelah ya..nanti kalau saya buat lagi tempek gambar baru pulak hehehhee....kalau nak mudah blender je semua bahan-bahan selepas tu tapis, pastu panaskan acuan griskan dengan butter sedikit..masukkan adunan waffle bakar sehingga masak....selamat mencuba








WAFFLE - Resepi Zullyatie



Bahan-bahan :




2 cawan tepung

2 sudu besar gula - nak manis lagi boleh tambah lagi gula

2 1/2 cawan susu segar

2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih

4 sudu kecil serbuk penaik

50 g majerin ~ dicairkan

1/2 sudu kecil esen vanilla






Kaedah penyediaan :


1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.


2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan. Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.


3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam bater.


4. Tuangkan sedikit bater ke atas waffle maker dan biarkan hingga keperangan.


5. Boleh disajikan bersama aiskerim/sirap/coklat/butter/buah strawberry









RESEPI Waffle - Naylah



Bahan-bahan



Tepung gandum (3 cawan kecil)

Marjerin (3 sudu)

Telur (2 biji)

Esen vanila (1 sudu kecil)

Baking powder (1 sudu kecil)

Susu pekat (3 sudu kecil) -- terpulang, kalau nak manis lagi boleh tambah.

Air sejuk (2 cawan)







Caranya :

Masuk semua bahan dalam blender .... Blend sehingga gebu...




7 comments:

  1. Kite suke waffle makan sama peanut butter!!! letak peanut butter manyak2 sampai meleleh leleh gitew. Sangat sedap neh... nk buat tadak acuan plak...

    ReplyDelete
  2. ijan

    aah letak peanut butter pon sedap..selalu letak butter + coklat

    guna acuan sandwich maker pon boleh..

    ReplyDelete
  3. Salam, wah ada waffle. Letak jem strawberry best. Kak gerau heran betul orang pandai buat benda-benda macam ni, sebab kak gerau pandai masak lauk tahun 70-an je.

    ReplyDelete
  4. kak geraugebang

    kalau ada acuan senang je nak buat hehehhehe

    ReplyDelete
  5. salam, mama fami,

    nak tanya, kat mana eh nak beli alat bakar waffle tu? dekat malaysia saya tak jumpa lah..kalau mama fami ada jumpa, boleh inform saya.. :)

    ReplyDelete
  6. salam bebaskan

    saya fida bukan mamafami hehehhe
    trylah tgk kat carefour or giant acuan waffle tu :)

    ReplyDelete
  7. typo plak..haha, sori2

    oo, haritu saya try juga tgk carre4 alamanda, tapi tak jumpa, giant tak try lagi..nnti saya cuba tgk..

    thnx :)

    ReplyDelete

Saya suka komen anda lagi byk lagi bagus